RIMA MILICHIUS
TERUSAN MILICHIUS
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA MILICHIUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA MILICHIUS ADALAH 33.0o BARAT SERTA 8.0o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR KAWASAN OCEANUS PROCELLARUM.
KELUASAN:
RIMA MILICHIUS ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 114 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA MILICHIUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA MILICHIUS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SEMPIT SERTA BENGKANG BENGKOK DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI UTARA MENUJU KE ARAH SELATAN. RIMA MILICHIUS MELALUI RANGKAIAN BANJARAN BUKIT-BUKIT DI BAHAGIAN SELATAN. IA TELAH DITEMUI OLEH 'LUNAR ORBITER PROBES'.
PEMERHATIAN:
RIMA MILICHIUS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA DUA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA MILICHIUS, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA MILICHIUS.
PENGHORMATAN:
RIMA MILICHIUS DINAMAKAN SEMPENA JACOB MILICH IAITU SEORANG AHLI FALSAFAH, AHLI MATHEMATICS, DAN DOKTOR BERBANGSA GERMAN PADA KURUN KE 16. BELIAU DILAHIRKAN DI GERMAN DALAM TAHUN 1501 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1559.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment