BURUJ DORADO
IKAN TODAK (THE SWORDFISH)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
DOR
DESKRIPSI:
BURUJ DORADO DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR IKAN TODAK.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ DORADO TERLETAK DI -49o SELATAN DAN -70o SELATAN SERTA 3h55m DAN 6h30m. BURUJ DORADO BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +20o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ DORADO MEMPUNYAI KELUASAN 179 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 72 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ DORADO IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ VOLANS DAN BURUJ PICTOR
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MENSA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ RETICULUM, BURUJ HYDRUS DAN BURUJ HOROLOGIUM
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM DAN BURUJ CAELUM
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BURUJ DORADO TIDAK MEMPUNYAI BINTANG BINARI (BINARY STAR).
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ DORADO:
~ BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA-CV TYPE VARIABLE" MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI +3.26 KE MAGNITUD +3.30 SETIAP 2 HARI DAN 23 MINIT.
~ BINTANG BETA PULA DIKETEGORIKAN SEBAGAI "CEPHEID-TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +3.46 KE MAGNITUD +4.08 SETIAP 9 HARI 20 MINIT.
~ BINTANG GAMMA PULA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "EW-TYPE VARIABLE" DI MANA MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI +4.23 KE MAGNITUD +4.27.
~ BINTANG R DORADUS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +4.80 HINGGA KE MAGNITUD +6.60 DALAM JANGKA MASA 338 HARI. IA DIKELASKAN SEBAGAI "SEMI-REGULAR TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ DORADO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ DORADO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC2070
~ "THE LARGE MAGELLANIC CLOUD"
~ NGC1978
~ NGC2100
~ NGC1566
~ NGC1866
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ DORADO TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL;
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment