Tuesday, April 12, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 142


RIMA SHARP
TERUSAN SHARP

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA SHARP TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA SHARP  ADALAH 51.0o  BARAT SERTA 44.0o  UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN UTARA KAWASAN OCEANUS PROCELLARUM.


KELUASAN:
RIMA SHARP ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 216 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA SHARP TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA SHARP ADALAH SEBUAH TERUSAN  PANJANG TETAPI SEMPIT SERTA BERBELOK-BELOK DAN BENGKANG-BENGKOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI UTARA MENUJU KE ARAH SELATAN. 


PEMERHATIAN:
RIMA SHARP MEMPUNYAI FORMASI YANG AMAT MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU PERTAMA  (FIRST QUARTER)  HINGGA TIGA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA SHARP, REFLECTOR  BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA SHARP.


PENGHORMATAN:
RIMA SHARP DINAMAKAN SEMPENA ABRAHAM SHARP  IAITU SEORANG AHLI MATHEMATIC DAN AHLI ASTRONOMI BANGSA INGGERIS (ENGLISH)  PADA KURUN KE 17.  BELIAU DILAHIRKAN DI LITTLE HORTON, BRADFORD, ENGLAND  DALAM TAHUN 1652 DAN MENINGGAL DUNIA DI LITTLE HORTON, BRADFORD PADA 18hb JULAI, 1742. BELIAU MERUPAKAN KAWAN USAHA SAMA KEPADA FLAMSTEED. DENGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BELIAU DI DALAM BIDANG MATHEMATICS DAN ASTRONOMI, BELIAU TELAH DIUNDANG UNTUK MEMASUKI 'THE GREENWICH OBSERVATORY' OLEH FLAMSTEED DALAM TAHUN 1688.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment