CALDWELL 20
C20 (NGC 663)
BURUJ:
CASSIOPEIA
KELAS:
KLUSTER TERBUKA
(OPEN CLUSTER)
LOKASI:
01h 46m 16s
+61o 13' 06"
JARAK:
6,850 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
16.0' (arcminute)
MAGNITUD:
+7.1
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C20 TERDIRI DARIPADA 400 BIJI BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG) DI MANA IA BOLEH DILIHAT DENGAN MATA TANPA BANTUAN ALAT PENCERAPAN (UNAIDED). KLUSTER TERBUKA INI KELIHATAN BERADA DI HADAPAN 'AWAN MOLEKUL' (MOLECULAR CLOUD) WALAUPUN KEDUA-DUANYA TIDAK MEMPUNYAI KAITAN SECARA FIZIKAL. 'AWAN MOLEKUL' INI SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBERI KESAN TERHADAP BINTANG-BINTANG YANG BERADA DI BELAKANGNYA DENGAN 'MENGHALANG' VISUAL KEPADA KLUSTER INI. C20 MENGANDUNGI 24 BINTANG DARI KELAS SPEKTRUM BINTANG 'Be'; MEMPERLIHATKAN DENGAN KETARA PANCARAN 'HIDROGEN' DALAM KELAS SPEKTRUMNYA. SELAIN ITU, TERDAPAT SEKURANG-KURANGNYA LIMA BIJI BINTANG 'BLUE STRAGGLERS' - TERBENTUK HASIL DARIPADA 'PERCANTUMAN' (MERGE) DUA BINTANG YANG LAIN; DI DALAM KLUSTER INI. TERDAPAT JUGA DUA BINTANG 'RED SUPERGIANT' DI DALAM HIMPUNAN BINTANG-BINTANG DALAM KLUSTER C20.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment