CALDWELL 15
C15 (NGC 6826)
BURUJ:
CYGNUS
KELAS:
NEBULA PLANETARI
(PLANETARY NEBULA)
LOKASI:
19h 44m 48.3s
+50o 31' 30"
JARAK:
2,000 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
2.7' x 2.4' (arcminute)
MAGNITUD:
+8.8
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C15 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA SEPTEMBER, 1793. IANYA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BLINKING PLANETARY". C15 MEMPUNYAI KECERAHAN PERMUKAAN YANG TERANG, NAMUN SAIZ C15 YANG AGAK KECIL DENGAN BINTANG DI 'TERAS' BERMAGNITUD +10.6. TERDAPAT CIRI YANG BERBEZA PADA C15 IAITU DI HUJUNG SETIAP TEPINYA KELIHATAN TOMPOKAN YANG TERANG YANG MANA DIKENALI SEBAGAI "FAST LOW-IONIZATION EMISSION REGION" ATAU FLIERS.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment