BURUJ CIRCINUS
KOMPAS (THE COMPASS)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CIR
DESKRIPSI:
BURUJ CIRCINUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH KOMPAS.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CIRCINUS TERLETAK DI -55o SELATAN DAN -71o SELATAN SERTA 18h40m DAN 15h30m. BURUJ CIRCINUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +30o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ CIRCINUS MEMPUNYAI KELUASAN 93 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 85 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CIRCINUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ NORMA DAN BURUJ TRIANGULUM AUSTRALIS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ APUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CENTAURUS DAN BURUJ MUSCA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ LUPUS DAN BURUJ NORMA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CIRCINUS:
~ BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI 'VISUAL' DENGAN BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) YANG KABUR (FAINT) IAITU BERMAGNITUD +9.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 232o DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.9".
~ BINTANG GAMMA YANG MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMA IAITU +5.0, TETAPI MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA DENGAN BINTANG GAMMA YANG BERWARNA BIRU DAN BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA KUNING. P.A PADA 49o DAN SEP PULA PADA 0.9".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CIRCINUS:
~ BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA CV TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI +3.18 KE MAGNITUD +3.21.
~ BINTANG THETA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS VARIABLE" DENGAN MAGNITUD BINTANG THETA BERUBAH DARI +5.02 KE MAGNITUD +5.44.
PEMERHATIAN:
BURUJ CIRCINUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CIRCINUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC 5823 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN 100 BIJI BINTANG. NGC5823 BERMAGNITUD +7.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.64. IA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN SEMPADAN BURUJ LUPUS DAN IA BERADA 4,111 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 88'. NGC 5823 TELAH DITEMUI OLEH JAMES DUNLOP SEORANG AHLI ASTRONOMI SCOTLAND PADA TAHUN 1826.
~ NGC 5288 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERMAGNITUD +11.80 DENGAN KECERAHAN +14.55. IA TELAH DITEMUI OLEH JOHN HERSCHEL PADA 3hb APRIL, 1835.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CIRCINUS MENGHASILKAN SATU HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) DALAM SETAHUN:
~ HUJAN METEOR ALPHA CIRCINIDS YANG MENGALAMI KEMUNCAK (PEAK) PADA 4hb, JUN DENGAN "KADAR KEGUGURAN SEJAM" (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) PADA 15 METEOR SEJAM. IA MEMPUNYAI RADIAN BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG BETA CIRCINI IAITU PADA R.A = 14h38m DAN DEC = -65o. HUJAN METEOR ALPHA CIRCINIDS DIKAITKAN DENGAN KOMET C/1969 TI.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment