SETELAH MELENGKAPKAN PUSINGAN ORBITNYA SELAMA 76 TAHUN, KOMET HALLEY MUNCUL SEMULA DI LANGIT PADA BULAN MEI DAN JUN 760 MASIHI (A.D). KOMET HALLEY MELINTASI BUMI PADA JARAK YANG LEBIH JAUH DARIPADA LINTASAN YANG BERLAKU 76 TAHUN DAHULU. KESANNYA, IA MENJADI KURANG MEMBERANGSANGKAN DAN KURANG MENARIK. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI MEI 16hb HINGGA JULAI 5hb.
CATATAN DARIPADA ORANG CINA MENULIS BAHAWA, "PADA MEI 16hb, SEBIJI BINTANG SEPERTI BENTUK 'PENYAPU' (BROOM STAR) MUNCUL DENGAN MAGNITUD +5.00 DI LANGIT SEBELAH TIMUR PADA MALAM TERSEBUT. IANYA BERWARNA PUTIH DAN BERUKURAN 6o PANJANG. BERMULA DI BURUJ ARIES, IA BERGERAK PANTAS MENGHALA KE ARAH TIMUR-LAUT, MELEWATI 'THE PLEIADES' DAN 'HYADES' (DALAM BURUJ TAURUS), 'THE HEAD OF ORION' (DALAM BURUJ ORION), BAHAGIAN BARAT BURUJ GEMINI, BURUJ CANCER, 'THE HEAD OG HYDRA (DALAM BURUJ HYDRA), DAN 'THE SICKLE' DALAM BURUJ LEO, SEBELUM IA TIBA KE POSISI ANTARA 'THE BOWL' DI DALAM BURUJ VIRGO. SETELAH 50 HARI, KOMET HALLEY 'HILANG' DARI PEMERHATIAN.
KETIKA PENEMUAN PERTAMA KALI, KOMET HALLEY HANYA 4 HARI DARIPADA 'JARAK TERDEKAT' (PERIHELION) DENGAN MATAHARI YANG AKAN BERLAKU PADA MEI 20hb. KOMET HALLEY BERSINAR PADA TAHAP PALING CERAH APABILA DIKESAN DI UTARA BURUJ GEMINI. IA DILIHAT BERADA RENDAH DI UFUK BARAT-LAUT SELEPAS SENJA BERAKHIR. 'PEMANJANGAN' TERHEBAT DI BAHAGIAN TIMUR BAGI KOMET HALLEY BERLAKU DALAM MASA KEDUA BULAN JUN. SELEPAS ITU, KOMET HALLEY PERLAHAN-LAHAN MENYELINAP SEMULA MENJADI OBJEK DI WAKTU PETANG PADA AKHIR BULAN JULAI.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.
TARIKH - KEDUDUKAN (RA & DEC) - MAGNITUD
MEI 06 - 02h07m +20.3o - +4.1
MEI 16 - 02h20m +25.1o - +2.8
MEI 26 - 03h35m +35.9o - +1.5
MEI 31 - 05h31m +41.9o - +0.7
JUN 05 - 08h12m +36.4o - +0.2
JUN 15 - 10h34m +15.1o - +1.6
JUN 25 - 11h11m +06.1o - +3.1
JUL 05 - 11h28m +01.8o - +4.2
JUL 15 - 11h39m - 00.9o - +5.1
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment