CALDWELL 16
C16 (NGC 7243)
BURUJ:
LACERTA
KELAS:
KLUSTER TERBUKA
(OPEN CLUSTER)
LOKASI:
22h 15m 08s
+49o 53' 51"
JARAK:
2,800 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
2.1' (arcminute)
MAGNITUD:
+6.4
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C16 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG LONGGAR (LOOSE) ATAU BERSELERAK SERTA KLUSTER YANG KEDUDUKAN BINTANG-BINTANG YANG JARANG-JARANG ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN. IA BERADA 2.6o BARAT BARAT-DAYA DARI BINTANG ALPHA LACERTAE. IA MENGANDUNGI LEBIH KURANG 40 BIJI BINTANG YANG MANA KEBANYAKAN MERUPAKAN BINTANG-BINTANG YANG BERWARNA BIRU DAN PUTIH.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment