Friday, April 22, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 129


CALDWELL 19
C19 (IC 5146)


BURUJ:
CYGNUS

KELAS:
NEBULA PANCARAN
(EMISSION NEBULA)

LOKASI:
21h 53m 32s
+47o 16' 06"

JARAK:
3,300 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
12.0' (arcminute) 

MAGNITUD:
+7.2

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C19 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE COCOON NEBULA" DI MANA TERDAPAT KLUSTER DENGAN BINTANG-BINTANG BERMAGNITUD +9.5 YANG TERLIBAT DALAM PEMBENTUKAN NEBULA BERKEADAAN 'CERAH' DAN 'GELAP'. IA BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG PI CYGNI; BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR; KLUSTER TERBUKA NGC7209 DALAM BURUJ LACERTA, DAN KLUSTER TERBUKA M39 YANG 'TERANG'. APABILA MENCERAP C19, 'DARK NEBULA' (NEBULA GELAP) "BARNARD 168" (B168) MENJADI SEBAHAGIAN YANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARIPADA C19 KERANA B168 MEMBENTUK 'LORONG GELAP' MENYELUBUNGI KLUSTER C19 DAN MENJULUR KE ARAH BARAT MENGAKIBATKAN IA KELIHATAN SEPERTI KESAN 'EKOR' DI BELAKANG 'KEPOMPONG' (COCOON). C19 KELIHATAN MERAH BERSINAR DISEBABKAN OLEH GAS HIDROGEN HASIL DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG 'PANAS' DAN 'MUDA' SERTA KELIHATAN BIRU DI PINGGIR NEBULA KERANA PANTULAN DEBU-DEBU DARIPADA AWAN-AWAN 'MOLEKUL' YANG TIDAK DAPAT DILIHAT DI PANCAR OLEH BINTANG-BINTANG BERWARNA BIRU.







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM





No comments:

Post a Comment