Tuesday, April 19, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 128



CALDWELL 18
C18 (NGC  185)


BURUJ:
CASSIOPEIA

KELAS:
GALAKSI BUJUR KERDIL
(DWARF ELLIPTICAL GALAXY)

LOKASI:
00h 38m 58s
+48o 20' 15"

JARAK:
2.08 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
11.7'  x  10.0' (arcminute) 

MAGNITUD:
+10.1

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C18 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM  HERSCHEL  PADA 30hb NOVEMBER, 1787. IA MERUPAKAN SEBUAH DARIPADA OBJEK DI DALAM KUMPULAN "THE LOCAL GROUP"  DAN JUGA SALAH SATU DARIPADA SATELIT KEPADA GALAKSI ANDROMEDA (M31).  IA MENGANDUNGI KLUSTER 'STELLAR' YANG MASIH 'MUDA (YOUNG)  SERTA PEMBENTUKAN BINTANG BERLAKU PADA KADAR YANG AMAT RENDAH. C18 TERDIRI DARIPADA KANDUNGAN GAS DAN JUGA AWAN-AWAN DEBU.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






No comments:

Post a Comment