Tuesday, April 12, 2016

MENGENALI BURUJ - CORVUS


BURUJ CORVUS
BURUNG GAGAK  (THE CROW)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CRV

DESKRIPSI:
BURUJ CORVUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR BURUNG GAGAK. DALAM BAHASA LATIN, IA DIPANGGIL 'CROW'  ATAU 'RAVEN'.  BURUJ CORVUS MERUPAKAN SEEKOR BURUNG GAGAK KEPADA 'APOLLO'  ANAK KEPADA ZEUS  DAN LETO;  ADIK KEMBAR BERNAMA ARTEMIS;  MERUPAKAN DEWA CAHAYA  DAN DEWA MATAHARI); MENURUT MITOS YUNANI (GREEK MYTHOLOGY).  IA TELAH DIKATALOGKAN OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI YUNANI IAITU PTOLEMY  PADA ABAD KE 2.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CORVUS TERLETAK DI -12 SELATAN DAN -25 SELATAN SERTA 11h55m DAN 12h55m. BURUJ CORVUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +60 UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90 SELATAN. BURUJ CORVUS MEMPUNYAI KELUASAN 184 DARJAH (o)  PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 70 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CORVUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ VIRGO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ HYDRA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CRATER
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ VIRGOBURUJ VIRGO

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR)  YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CORVUS:
~  BINTANG ZETA  MERUPAKAN SEBUAH BINARI OPTIKAL (OPTICAL BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION)  BERMAGNITUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A)  KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA 66o DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP PULA ADALAH PADA 11".
~  BINTANG DELTA  YANG MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY)  DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +9.20; P.A  PADA 214 DENGAN SEP  PADA 24". BINTANG DELTA  BERWARNA PUTIH, MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA KEUNGUAN.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CORVUS:
~  BINTANG R CORVI  ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.7 HINGGA KE MAGNITUD +14.40 DALAM JANGKA MASA 317.03 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ CORVUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CORVUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY'  YANG MENARIK:


~  NGC4038  ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE RINGTALE GALAXY"  ADALAH DARI JENIS YANG AMAT JARANG DITEMUI DAN DIPANGGIL SEBAGAI GALAKSI 'PECULAR' (PECULIAR GALAXY).  IA MENYERUPAI 'JANIN' (FOETUS).  IA BERMAGNITUD +10.30 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.10.



~  NGC4361  MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA)  YANG BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +11.10.


~  NGC4027  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI (GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +13.20.


~  NGC4783  JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI (GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +12.80.


HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CORVUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)  SEKALI SETAHUN:
~  HUJAN METEOR CORVIDS  MENCAPAI KEMUNCAK PADA JUN 26 SETIAP TAHUN. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR)  HUJAN METEOR INI AGAK TINGGI IAITU 30 METEOR SEJAM. PUSAT 'RADIAN' HUJAN METEOR INI ADALAH RA = 191.6 DENGAN DEC = -19.2o.  SUMBER HUJAN METEOR DIPERCAYAI DARIPADA ASTEROID 1979VA.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONONY@GMAIL.COM
                                                        atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment