CALDWELL 17
C17 (NGC 147)
BURUJ:
CASSIOPEIA
KELAS:
GALAKSI BUJUR KERDIL
(DWARF ELLIPTICAL GALAXY)
LOKASI:
00h 33m 12s
+48o 30' 32"
JARAK:
2.53 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
13.2' x 7.8' (arcminute)
MAGNITUD:
+10.5
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C17 TELAH DITEMUI OLEH JOHN HERSCHEL PADA SEPTEMBER, 1829. IA MERUPAKAN SALAH SATU GALAKSI DI DALAM KUMPULAN "LOCAL GROUP OF GALAXIES" SERTA MERUPAKAN SEBUAH 'GALAKSI SATELIT' KEPADA GALAKSI ANDROMEDA ATAU M31. IA MEMBENTUK 'PASANGAN FIZIKAL' (PHYSICAL PAIR) DENGAN GALAKSI BERHAMPIRAN IAITU NGC 185; SATU LAGI 'SATELIT TERPENCIL' KEPADA M31.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment