607 MASIHI
KEMBALINYA KOMET HALLEY PADA KALI INI DENGAN KEMUNCULAN YANG AGAK BERBEZA DAN AGAK MENGELIRUKAN DI DALAM CATATAN ORANG CINA. BEGITU JUGA DENGAN KEMUNCULAN YANG AGAK PANJANG DAN LAMA. PADA TAHUN 374 MASIHI (A.D), KOMET HALLEY MELINTASI TERLALU HAMPIR DENGAN BUMI. TETAPI, PADA KALI INI, IA MELEWATI ANTARA BUMI DAN MATAHARI. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI FEBRUARI 28hb HINGGA JUN 7hb.
CATATAN DI DALAM 'THE PEI SHIH' MENYATAKAN SEBIJI BINTANG BER'EKOR' MEMANJANG MELINTASI LANGIT, DILIHAT DI BURUJ PEGASUS PADA PENGHUJUNG BULAN FEBRUARI. IA 'MENGHILANG' DARI PEMERHATIAN SETELAH 20 HARI, AKAN TETAPI, KOMET HALLEY MUNCUL SEMULA DI BURUJ GEMINI PADA MAC 13hb. NAMUN, KOMET HALLEY TELAH TERLALU HAMPIR DENGAN MATAHARI UNTUK DICERAP PADA AKHIR BULAN FEBRUARI. TETAPI, IA TIDAK BERADA DI BURUJ GEMINI SEHINGGA SELEPAS APRIL 20hb. KEMUNGKINAN TERDAPAT KESILAPAN DALAM TARIKH TERSEBUT.
DI DALAM CATATAN 'THE WEN HSIEN THUNG' MENYATAKAN MAKLUMAT YANG LEBIH BERKAITAN DENGAN KOMET HALLEY. IA MENYATAKAN BAHAWA KOMET HALLEY TELAH DIKESAN PADA APRIL 4hb SEBELUM WAKTU PAGI DI LONGITUD BINTANG BETA ANDROMEDAE. TEKS TERSEBUT JUGA MENYATAKAN KOMET HALLEY "MEMANJANG MERENTANGI LANGIT", BERMAKSUD 'EKOR' YANG PANJANG DAPAT DILIHAT. PERGERAKANNYA KE ARAH TIMUR DARI BURUJ ARIES KE BURUJ VIRGO MEMBERI PETUNJUK, TETAPI, PADA PENUTUP PERENGGAN AKHIR ADA MENYATAKAN BAHAWA KOMET HALLEY TERUS KELIHATAN DI LANGIT SEHINGGA AKHIR TAHUN! TAMBAHAN PULA KOMET HALLEY DIKATAKAN 'MUNCUL' SEMULA DI SELATAN PADA OKTOBER 21hb. TERNYATA, IA MERUJUK KEPADA OBJEK ATAU KOMET LAIN DARIPADA KOMET HALLEY. KESAHIHAN DAN CATATAN 'THE PEI SHIH' MENGUNTUKKAN KOMET YANG PERTAMA 'LEBIH KURANG 100 HARI' KETAMPAKAN, LEBIH MUNASABAH UNTUK DIKAITKAN DENGAN KOMET HALLEY.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.
TARIKH - KEDUDUKAN (RA DAN DEC) - MAGNITUD
MAC 26 - 23h08m +03.5o - +2.3
APR 05 - 23h11m +05.3o - +0.9
APR 15 - 00h11m +16.6o - -1.0
APR 20 - 06h16m +35.3o - -2.2
APR 25 - 09h28m +13.4o - +0.2
MEI 05 - 10h11m +05.5o - +2.7
MEI 15 - 10h24m +03.2o - +4.1
MEI 30 - 10h36m +01.5o - +5.6
JUN 14 - 10h46m +00.1o - +6.6
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment