Monday, April 4, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 141


RIMA THEAETETUS
TERUSAN THEAETETUS

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA THEAETETUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA THEAETETUS  ADALAH 6.0o  TIMUR SERTA 33.0o  UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN UTARA KAWASAN ARCHIMEDES CRATER REGION.


KELUASAN:
RIMA THEAETETUS ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 51 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA THEAETETUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA THEAETETUS ADALAH SEBUAH TERUSAN  YANG SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT-DAYA MENUJU KE ARAH TIMUR-LAUT. IA MELALUI SEBUAH KAWAH IAITU KAWAH ARISTILLUS A  DAN SEBUAH KAWAH LAGI KAWAH AUTOLYCUS K.  BANJARAN YANG BERADA DI BAHAGIAN KANAN RIMA THEAETETUS MERUPAKAN BAHAGIAN SELATAN BANJARAN MONTES CAUCASUS,  MANAKALA DI BAHAGIAN TIMUR RIMA THEAETETUS ADALAH MARE IMBRIUM.


PEMERHATIAN:
RIMA THEAETETUS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU  (NEW MOON)  HINGGA LIMA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA THEAETETUS, REFLECTOR  BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA THEAETETUS.


PENGHORMATAN:
RIMA THEAETETUS DINAMAKAN SEMPENA THEATETE  IAITU SEORANG AHLI FALSAFAH BANGSA YUNANI (GREEK)  PADA KURUN KE 4.  BELIAU DILAHIRKAN DI ATHENES  DALAM TAHUN 380 av JC. BELIAU MERUPAKAN KAWAN KEPADA PLATO



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment