BURUJ CAMELOPARDALIS
ZIRAFAH (THE GIRAFFE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CAM
DESKRIPSI:
BURUJ CAMELOPARDALIS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR ZIRAFAH. NAMA TERSEBUT BERASAL DARIPADA PERKATAAN 'LATIN' YANG BERMAKNA 'ZIRAFAH' (GIRAFFE). PERKATAAN 'CAMELOPARDALIS' BERMAKNA 'CAMEL' IAITU 'KAMELOS' DALAM BAHASA YUNANI (GREEK) DAN 'PARDALIS' YANG BERMAKNA 'LEOPARD'. 'ZIRAFAH' DIPANGGIL 'CAMEL-LEOPARD' KERANA IA MEMPUNYAI LEHER YANG PANJANG SEPERTI SEEKOR UNTA (CAMEL) SERTA BADAN YANG BERTOMPOK-TOMPOK SEPERTI SEEKOR HARIMAU BINTANG (LEOPARD). BURUJ CAMELOPARDALIS TELAH DICIPTA OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI BELANDA (DUTCH) IAITU PETRUS PLANCIUS DAN TELAH DIDOKUMENKAN OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI JERMAN BERNAMA JAKOB BARTSCH DALAM TAHUN 1624.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CAMELOPARDALIS TERLETAK DI +86O UTARA DAN +53O UTARA SERTA 3h15m DAN 14h25m. BURUJ CAMELOPARDALIS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -10O SELATAN. BURUJ CAMELOPARDALIS MEMPUNYAI KELUASAN 757 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 18 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CAMELOPARDALIS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ DRACO DAN BURUJ URSA MAJOR
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PERSEUS, BURUJ AURIGA DAN BURUJ LYNX
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ URSA MINOR DAN BURUJ CEPHEUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CAMELOPARDALIS:
~ BINTANG BETA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG UNIK KERANA IA MEMPUNYAI KOMPANI B (COMPANION) YANG BERMAGNITUD 'TINGGI' DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) YANG LUAS (WIDE). MANAKALA, KOMPANI B MEMILIKI 'KOMPANI C' YANG BERMAGNITUD +11.00, DIMANA KOMPANI B BERMAGNITUD +9.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) BINTANG BETA DAN KOMPANI B ADALAH 208O DAN SEP PULA ADALAH 80". MANAKALA, P.A KOMPANI B DENGAN KOMPANI C PULA IALAH 168O DENGAN SEP PADA 14.8".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CAMELOPARDALIS.
~ BINTANG R CAM DIKELASKAN DALAM KATEGORI "MIRA-TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG R CAM BERUBAH DARI MAGNITUD +7.00 KE MAGNITUD +14.40 DALAM JANGKA MASA 270.22 HARI. IA MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN MELALUI TELESKOP BAGI MENGIKUTI TEMPOH PROSES PERUBAHAN MAGNITUD.
~ BINTANG VZ CAM PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "SEMI-REGULAR TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG VZ CAM BERUBAH DARI +4.80 KE +5.00 DALAM MASA 23.7 HARI. IA AMAT POPULAR UNTUK DIPERHATIKAN MELALUI TEROPONG BAGI KATEGORI 'SEMI-REGULAR VARIABLE'.
PEMERHATIAN:
BURUJ CAMELOPARDALIS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CAMELOPARDALIS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP-SKY' YANG MENARIK:
~ NGC1502 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG CANTIK. IA MENGANDUNGI 15 BIJI BINTANG YANG KEBANYAKANNYA BERMAGNITUD +8.0. NGC1502 BERMAGNITUD +6.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.16.
~ NGC2403 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MENARIK. IA BERADA 10 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN BERMAGNITUD +8.5 DENGAN KECERAHAN +14.40.
~ NGC2523 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK KABUR (FAINT). NGC2523 BERMAGNITUD +11.90 DENGAN KECERAHAN +13.60. IA HANYA DAPAT DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA TINGGI.
~ NGC2366 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI TIDAK TERATUR (IRREGULAR GALAXY) DENGAN MAGNITUD +11.40. TERDAPAT SATU LAGI GALAKSI IAITU NGC2363 DI MANA MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG BERHAMPIRAN DENGAN NGC2366.
~ NGC1569
~ NGC1961
~ NGC1501
~ NGC2655
~ IC342
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CAMELOPARDALIS MENGHASILKAN SATU HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) DALAM SETAHUN:
~ HUJAN METEOR OKTOBER CAMELOPARDALIS (METEOR SHOWER) BERLAKU PADA OKTOBER 5 DAN OKTOBER 6. IA MERUPAKAN SATU HUJAN METEOR YANG BERLAKU DALAM JANGKA MASA YANG PENDEK. TIDAK SEPERTI HUJAN METEOR YANG KEBIASAANNYA BERLANGSUNG DALAM JANGKA MASA BEBERAPA MINGGU, HUJAN METEOR INI HANYA BERLAKU DALAM MASA 2 HARI. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) JUGA AMAT RENDAH IAITU HANYA 1 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI BERPUSAT DI RA = 168O SERTA DEC = +79O.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment