MESSIER 109
M109 (NGC 3992)
BURUJ:
URSA MAJOR
KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)
LOKASI:
11h 57m 36s
+53o 22' 28"
+53o 22' 28"
JARAK:
83.5 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
7.6' x 4.7' (arcminute)
MAGNITUD:
+10.3
INFO:
M109 TELAH DITEMUI OLEH PIERRE MECHAIN PADA TAHUN 1781. CHARLES MESSIER TELAH MENEMUINYA PADA TAHUN 1783 DAN MEMASUKAN KE DALAM 'MESSIER CATALOGUE' SEBAGAI OBJEK YANG KE 109. M109 MEMPUNYAI SEBANYAK 1 TRILION BUAH BINTANG DI DALAMNYA. IA MERUPAKAN OBJEK YANG PALING JAUH JARAKNYA DARI BUMI YANG DISENARAIKAN DI DALAM MESSIER KATALOG. M109 MEMPUNYAI TIGA BUAH GALAKSI SATELIT IAITU UGC 6923, UGC 6940 DAN UGC 6969. LORONG GAS HIDROGEN TELAH DIKESAN DARI PEMERHATIAN DARIPADA M109 DENGAN SATELIT-SATELITNYA. TERDAPAT 'LUBANG' DI TENGAH PENYEBARAN GAS HIDROGEN YANG MANA DIJANGKAKAN BERLAKU DENGAN PEMINDAHAN 'KE DALAM' (INWARDS) MELALUI 'BAR' YANG BERADA DI TENGAH GALAKSI. M109 MEMPUNYAI 'TERAS' YANG KECIL DAN MEMBONJOL SERTA 'LENGAN' (ARMS) YANG 'LONGGAR' DAN BERTEKSTUR ATAU BERJALIN-JALIN. TERDAPAT SATU 'SUPERNOVA' SN 1956A DI DALAM M109 YANG DICERAP PADA MARCH, 1956.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment