TAHUN 66 SELEPAS MASIHI (A.D)
KEMUNCULAN YANG MEMERANJATKAN BERLAKU PADA MUSIM SEJUK DENGAN JARAK TERDEKAT DARIPADA MATAHARI (PERIHELION) PADA JANUARI 25 DI DALAM BURUJ AQUARIUS. DALAM KEADAAN DEMIKIAN, IA TETAP AMAT KABUR (FAINT) UNTUK DIKESAN HINGGA KOMET HALLEY MELINTASI MATAHARI DARI TARIKH FEBUARI 20 HINGGA APRIL 10.
CATATAN DARI ORANG CINA, MENYATAKAN BAHAWA PENEMUAN KOMET HALLEY BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG BETA CAPRICORNI (BURUJ CAPRICORNUS) DAN IA MEMPUNYAI 'EKOR' (TAIL) SEPANJANG 12o. BERGERAK KE BARAT MELEPASI 'THE MILKY DIPPER' DALAM BURUJ SAGITTARIUS DAN BINTANG-BINTANG BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG DELTA SCORPII (BURUJ SCORPIUS). KECERAHAN (BRIGHTNESS) KOMET HALLEY BERTAMBAH TERANG DARI MAGNITUD +1 DAN MENJADI LEBIH TERANG APABILA IA MELEWATI HAMPIR DENGAN BUMI PADA LEWAT BULAN MAC. WALAUPUN TIDAK DINYATAKAN DENGAN JELAS, 'EKOR' KOMET HALLEY BERKEMUNGKINAN SUNGGUH PANJANG DAN BESAR DISEBABKAN KEDUDUKAN KOMET HALLEY YANG HAMPIR DENGAN BUMI.
CATATAN ORANG CINA LAGI MENYATAKAN BAHAWA KOMET HALLEY MELINTASI BURUJ VIRGO SEBELUM MEMASUKI BURUJ CRATER DENGAN 'EKOR'NYA MENGHALA KE TIMUR. KOMET HALLEY MENJADI HAMPIR PEGUN (STATIC) DENGAN KENAIKAN KE KANAN DAN BERGERAK TERLALU PERLAHAN MENUJU KE SELATAN SEBELUM IA 'HILANG' DARI PANDANGAN DI UFUK DALAM MINGGU KE DUA DALAM BULAN APRIL.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY:
TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC) - MAGNITUD
~ JAN 31 - 21h15m -09.3O - +3.6
~ FEB 20 - 20h37m -12.7O - +2.3
~ MAC02 - 20h08m -15.7O - +2.0
~ MAC12 - 18h53m -22.2O - +1.3
~ MAC22 - 14h21m -24.3O - +0.9
~ APR 01 - 11h24m -07.8O - +2.7
~ APR 21 - 10h27m +00.1O - +5.2
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment