Friday, February 19, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 111


CALDWELL 1
C1 (NGC 188)



BURUJ:
CEPHEUS

KELAS:
KLUSTER TERBUKA
(OPEN CLUSTER)

LOKASI:
00h 48m 26s
+85o 15' 18"

JARAK:
5,000 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
15.0'  x  15.0' (arcminute)

MAGNITUD:
+8.1

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.  

C1 TELAH DITEMUI OLEH JOHN HERSCHEL  IAITU ANAK KEPADA WILLIAM HERSCHEL PADA 3hb NOVEMBER, 1831. IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA  YANG TERLETAK PALING KE UTARA DI LANGIT DAN JUGA MERUPAKAN SALAH SEBUAH OBJEK KLUSTER TERBUKA  YANG PERNAH DIKETAHUI YANG TERTUA DENGAN ANGGARAN BERUSIA LEBIH KURANG 5 BILION TAHUN. C1 MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 130 BUAH BINTANG YANG MANA TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG BERWARNA KUNING DAN JUGA MERAH TANPA MEMPUNYAI BINTANG YANG BERWARNA BIRU. C1 JUGA DIKENALI SEBAGAI "COLLINDER 6".








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






No comments:

Post a Comment