Tuesday, February 9, 2016

MENGENALI BURUJ - CRATER


BURUJ CRATER
PIALA ATAU CAWAN MINUMAN (THE CUP)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CRA

DESKRIPSI:
BURUJ CRATER DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH CAWAN MINUMAN ATAU SEBUAH PIALA.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CRATER TERLETAK DI -6o  SELATAN DAN -25 SELATAN SERTA 10h50m  DAN 11h55m.  BURUJ CRATER BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +65o  UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90 SELATAN. BURUJ CRATER MEMPUNYAI KELUASAN 282 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 58 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CRATER IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CORVUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ HYDRA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SEXTANS  DAN BURUJ HYDRA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAY BURUJ LEO  DAN BURUJ VIRGO

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR)  YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CRATER:
~  BINTANG GAMMA  MERUPAKAN SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY)  DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION)  BERMAGNITUD +9.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE P.A)  KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 96 DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH PADA 5.2".
~  BINTANG IOTA  YANG MERUPAKAN BINTANG BINARY YANG HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANINYA YANG KABUR DAN BERMAGNITUD +12.0; P.A  PADA 226o DAN SEP  PADA 1.4".
~  BINTANG PSI  MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.0; P.A  PADA 258 DAN SEP  PADA 0.2".  IA JUGA SEBUAH BINARI YANG LEBIH HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANINYA.


BINTANG VARIABLE:
TIDAK TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ CRATER

PEMERHATIAN:
BURUJ CRATER DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':


BURUJ CRATER MEMPUNYAI BEBERAPAT OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~  NGC3511  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS)  +13.50.


~  NGC3513  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +13.40.


~  NGC3672  JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +11.40 DENGAN KECERAHAN +13.50.


~  NGC3887  JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +10.60 DENGAN KECERAHAN +12.80.



~  NGC3892  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +13.40.



~  NGC3962  JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +10.70 DENGAN KECERAHAN +12.60.



~  IC2627  JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY).




HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CRATER MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEKALI DALAM SETAHUN IAITU:
~  HUJAN METEOR ETA CRATERIDS


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment