BURUJ SCUTUM
PERISAI (THE SHEILD)
BURUJ
SINGKATAN:
SCT
DESKRIPSI:
BURUJ SCUTUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH PERISAI.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ SCUTUM TERLETAK DI -4o SELATAN DAN -16o SELATAN SERTA 18h22m DAN 18h59m. BURUJ SCUTUM BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ SCUTUM MEMPUNYAI KELUASAN 109 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 84 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SCUTUM IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AQUILA DAN BURUJ SAGITTARIUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA DAN BURUJ AQUILA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SCUTUM:
~ BINTANG DELTA
~ BINTANG EPSILON
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ SCUTUM.
~ BINTANG DELTA
~ BINTANG R SCUTI
PEMERHATIAN:
BURUJ SCUTUM DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ SCUTUM MEMPUNYAI BEBERAPA 'DEEP SKY' OBJEK YANG MENARIK.
~ M11 ATAU NGC6705 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +6.3. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE WILD DUCK CLUSTER". M11 MEMPUNYAI KECERAHAN (BRIGHTNESS) +9.0.
~ M26 ATAU NGC6694 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +8.0. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "COLLINDER 389". M26 MEMPUNYAI KECERAHAN +12.0.
~ NGC6625 MERUPAKAN SEBUAH LAGI KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +9.0 SERTA KECERAHAN +16.7.
~ NGC6649 MERUPAKAN SEBUAH LAGI KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +8.9 SERTA KECERAHAN +12.53.
~ NGC6664 JUGA MERUPAKAN SEBUAH LAGI KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SCUTUM. IANYA BERMAGNITUD +7.8 SERTA KECERAHAN +13.56.
~ NGC6712 PULA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +8.69 SERTA KECERAHAN +11.11.
~ IC1259 PULA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) DENGAN MAGNITUD +12.7.
BURUJ SCUTUM MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI DALAM MASA SATU TAHUN.
~ HUJAN METEOR JUNE SCUTIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment