Tuesday, February 16, 2016

MENGENALI BURUJ - COLUMBA


BURUJ COLUMBA
BURUNG MERPATI (THE DOVE)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
COL

DESKRIPSI:
BURUJ COLUMBA DIGAMBARKAN SEBAGAI SE EKOR BURUNG MERPATI (DOVE).

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ COLUMBA TERLETAK DI -27 SELATAN DAN -43 SELATAN SERTA 5h05m  DAN 6h40m.  BURUJ COLUMBA BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +45 UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90 SELATAN. BURUJ COLUMBA MEMPUNYAI KELUASAN 270 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 54 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ COLUMBA IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PUPPIS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PICTOR  DAN BURUJ PUPPIS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CAELUM
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ LEPUS  DAN BURUJ CANIS MAJOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
TIADA BINTANG BINARI (BINARY STAR)  DI DALAM BURUJ COLUMBA.

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ COLUMBA:
~  BINTANG R COL  ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +8.00 HINGGA KE MAGNITUD +14.00 DALAM JANGKA MASA 327 HARI. IA DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".
~  BINTANG T COL  ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.70 HINGGA KE MAGNITUD +12.60 DALAM JANGKA MASA 225 HARI. IA JUGA DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ COLUMBA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ COLUMBA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK:
~  NGC1851  MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER)  YANG PALING MENARIK DALAM BURUJ COLUMBA. IA AGAK KABUR (FAINT)  DENGAN MAGNITUD +7.30 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS)  +12.25.



~  NGC1792  PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +10.20 DENGAN KECERAHAN +12.90.



~  NGC1808  JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG MENARIK. IA BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN +13.30. TERDAPAT 'SUPERNOVA' SN1993af  DI DALAM NGC1808.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ COLUMBA TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).



SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment