Friday, February 19, 2016

KOMET - HALLEY (SIRI 7)

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

TAHUN 141 SELEPAS MASIHI (A.D)

KEMUNCULAN KOMET HALLEY  PADA TAHUN 141 SELEPAS MASIHI (A.D)  MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PEMERHATI-PEMERHATI DI HEMISFERA UTARA. KOMET HALLEY MENGHAMPIRI BUMI  DALAM JARAK YANG AGAK DEKAT MENYEBABKAN IA KELIHATAN BEGITU CERAH DAN 'EKOR'NYA MERENTANGI PULUHAN DARJAH (o). TEMPUH PEMERHATIAN ADALAH DARI MAC 27 HINGGA AKHIR BULAN MEI.

ORANG CINA  MENYATAKAN BAHAWA KOMET HALLEY  MUNCUL PADA KALI PERTAMA DI WAKTU PAGI DI SEBELAH TIMUR LANGIT DENGAN 'EKOR' BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN SEPANJANG LEBIH KURANG 10 MENGHALA KE BARAT-DAYA. PERGERAKAN KOMET HALLEY  MERENTASI LANGIT AGAK SUKAR DICERAP ATAU DILIHAT PADA PERMULAANNYA, TETAPI IANYA MENJADI SEMAKIN JELAS APABILA MENJELANG BULAN APRIL. APABILA BUMI  DAN KOMET HALLEY  MELINTASI ANTARA SATU SAMA LAIN LEBIH KURANG DALAM MINGGU KETIGA BULAN APRIL. KOMET HALLEY  BERGERAK LEBIH DARIPADA 90 DALAM MASA BEBERAPA MALAM YANG BERIKUTNYA DAN BERUBAH MENJADI OBJEK YANG MUNCUL PADA WAKTU PETANG PULA.

REKOD MENUNJUKKAN BAHAWA PADA APRIL 22, KOMET HALLEY  MUNCUL DI WAKTU SENJA DAN MELINTASI PLEIADES DAN HYADES  DI DALAM BURUJ TAURUS  DI SEBELAH BARAT-LAUT. MALAM BERIKUTNYA, KOMET HALLEY  BERADA DI SEBELAH BARAT BURUJ GEMINI  DAN KEMUNGKINAN 'BERSINAR' MELEBIHI OBJEK-OBJEK LAIN DI LANGIT DI WAKTU MALAM. WALAUPUN TIADA TARIKH TERTENTU DICATATKAN, PENCATAT PERISTIWA (THE CHRONICLER)  MEMBUAT RUJUKAN DENGAN APA YANG DIANGGAP SESUATU YANG SANGAT BESAR TENTANG 'EKOR' KOMET HALLEY.

ORANG CINA MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA "KOMET HALLEY  MULA 'HILANG' DARI PANDANGAN APABILA IA BERADA DI KALANGAN BINTANG-BINTANG DI 'KEPALA' BURUJ LEO."  AHLI ASTRONOMI SEBELAH TIMUR TIDAK TERAGAK-AGAK MERUJUK KEPADA EKLIPTIK  (GARISAN PERJALANAN MATAHARI) DAN GARIS BURUJ  BINTANG DENGAN KOMET HALLEY  MENGIKUT LALUAN KE SELATAN DARI BINTANG-BINTANG TERSEBUT SEBELUM IANYA MENJADI AGAK KABUR DAN 'MENGHILANG' PADA AKHIR BULAN MEI.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY:

TARIKH  - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC) - MAGNITUD
~  MAC 23   -  23h41m      +06.7O             - +3.3
~  APR  02    -  23h39m      +08.9O             - +2.1
~  APR  12    -  00h02m      +16.3O             - +0.3
~  APR  17    -  00h54m      +27.8O             - -0.5
~  APR  22    -  04h53m      +46.5O             - -1.2
~  APR  27    -  08h52m      +27.9O             - +0.1
~  MEI  02    -  09h47m      +16.4O             - +1.4
~  MEI  12    -  10h19m      +08.5O             - +3.2
~  MEI  22    -  10h32m      +05.3O             - +4.5





CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM


KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment