Tuesday, February 9, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 133


RIMA HYGINUS
TERUSAN HYGINUS

KATEGORI:
TERUSAN

LOKASI:
RIMA HYGINUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA HYGINUS  ADALAH 6.7o  TIMUR SERTA 7.6o  UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR MARE TRANQUILLITATIS REGION

KELUASAN:
RIMA HYGINUS ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 220 km.

ERA PEMBENTUKAN:
RIMA HYGINUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
RIMA HYGINUS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BESAR DAN IANYA MENGALIR DARI ARAH TENGGARA KE BARAT-DAYA PADA AWAL TERUSAN. RIMA HYGINUS MELINTASI KAWAH HYGINUS  DAN SETERUSNYA ALIRAN RIMA HYGINUS BERUBAH ARAH DARI BARAT MENGALIR KE ARAH TIMUR. TERDAPAT BEBERAPA 'KEDALAMAN' TERUSAN YANG KELIHATAN SEPERTI TERBENTUK DARIPADA JAJARAN 'CRATERLET'.  RIMA HYGINUS BERCANTUM DENGAN BEBERAPA LURAH SEHINGGA KE RIMA ARIADAEUS.

PEMERHATIAN:
RIMA HYGINUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON)  HINGGA LIMA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA HYGINUS, REFLECTOR BERKUASA 200 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA HYGINUS.

PENGHORMATAN:
RIMA HYGINUS DINAMAKAN SEMPENA CAIUS JULIUS HYGINUS  IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI BANGSA GREEK  PADA KURUN KE 2 SEBELUM MASIHI (B.C).


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment