RIMA MARIUS
TERUSAN MARIUS
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA MARIUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA MARIUS ADALAH 49.5o BARAT SERTA 16.3o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN KAWAH ARISTARCHUS REGION.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA MARIUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA MARIUS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BESAR SERTA LEBAR DAN IANYA MENGALIR DARI ARAH BARAT KE TIMUR SEPANJANG 2,000 KE 1,000 METER. KEMUDIAN RIMA MARIUS BERUBAH ARAH ALIRAN DENGAN MELENGKUNG KE ARAH ALAIRAN DARI UTARA KE SELATAN BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH MARIUS B. KELEBARAN RIMA MARIUS BERBEZA-BEZA DI ANTARA 1,000 KE 500 METER. RIMA MARIUS SEBUAH TERUSAN YANG BERBENGKANG-BENGKOK SECARA AMNYA.
PEMERHATIAN:
RIMA MARIUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA TIGA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
RIMA MARIUS DINAMAKAN SEMPENA SIMON MARIUS MAYR IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI BANGSA GERMAN PADA KURUN KE 16. BELIAU DILAHIRKAN DI GUNZENHAUSEN, GERMAN PADA 20hb JANUARI, 1573 DAN MENINGGAL DUNIA DI ANSBACH, GERMAN PADA 5hb JANUARI, 1625. MARIUS TELAH MENEMUI EMPAT SATELIT PLANET MUSYTARI (JUPITER) SECARA BERASINGAN DARIPADA GALILEO DAN MENCIPTAKAN NAMA-NAMA KEPADA SATELIT-SATELIT TERSEBUT. BELIAU JUGA MERUPAKAN PENCERAP BARAT YANG PERTAMA MEMBUAT CERAPAN DAN PEMERHATIAN KE ATAS GALAKSI ANDROMEDA.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment