TERUSAN HESIODUS
KATEGORI:
TERUSAN
RIMA HESIODUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA HESIODUS ADALAH 21.8o BARAT SERTA 30.5o SELATAN. IA BERADA BERHAMPIRAN KAWASAN KAWAH TYCHO IAITU DI BAHAGIAN BARAT-LAUT TYCHO CRATER REGION.
RIMA HESIODUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
RIMA HESIODUS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BESAR DAN LURUS DAN MENGALIR DARI BARAT-DAYA KE TIMUR-LAUT. RIMA HESIODUS MEMPUNYAI DUA LENGKUNGAN BERBENTUK 'S' BERHAMPIRAN DENGAN PENGHUJUNG DI SEBELAH BARAT. IANYA MELALUI BEBERAPA FORMASI BUKIT DI UTARA KAWAH CICHUS SERTA BEBERAPA 'CRATERLET' CICHUS N DI BAHAGIAN TENGAH.
RIMA HESIODUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE DUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SE HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
RIMA HESIODUS DINAMAKAN SEMPENA HESIODE IAITU SEORANG PENYAJAK BANGSA GREEK PADA KURUN KE 8 B.C. BELIAU DILAHIRKAN DI ASCRA, GREECE PADA TAHUN 750 av JC DAN MENINGGAL DUNIA DI GREECE PADA TAHUN 650 av JC.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment