Tuesday, February 16, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 134


RIMA OPPOLZER
TERUSAN OPPOLZER

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA OPPOLZER TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA OPPOLZER  ADALAH 1.2o  TIMUR SERTA 1.5o  SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN  KAWAH PTOLEMAEUS REGION


KELUASAN:
RIMA OPPOLZER ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 110 km.

ERA PEMBENTUKAN:
RIMA OPPOLZER TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA OPPOLZER ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BESAR DAN IANYA MENGALIR DARI ARAH BARAT KE TIMUR. PADA PERTENGAHAN ALIRAN RIMA OPPOLZER TERGANGGU OLEH  TEBING BAHAGIAN TIMUR KAWAH OPPOLZER.  RIMA OPPOLZER MELINTASI KAWASAN RATA KAWAH OPPOLZER  SEHINGGA KE KAWAH REAUMUR.

PEMERHATIAN:
RIMA OPPOLZER MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA  (FIRST QUARTER)  HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA OPPOLZER, REFLECTOR BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA OPPOLZER.


PENGHORMATAN:
RIMA OPPOLZER DINAMAKAN SEMPENA THEODOR VON OPPOLZER  IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI MATEMATIK BANGSA AUSTRIA  PADA KURUN KE 19. BELIAU DILAHIRKAN DI PRAQUE, AUSTRIA  PADA 26hB OKTOBER, 1841 DAN MENINGGAL DUNIA DI VIENNE, AUSTRIA-HUNGARY   PADA 26hb DISEMBER, 1886. KERJA-KERJA DALAM BIDANG ASTRONOMI YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH OPPOLZER  IALAH MENGENAI ILMU CAKERAWALA. BELIAU MERUPAKAN PENULIS BUKU BERJUDUL "CANON DER FINSTERNISSE"  YANG MENGANDUNGI 13,200 KEJADIAN GERHANA IAITU 8,000 KEJADIAN GERHANA MATAHARI DAN 5,200 GERHANA BULAN YANG BERLAKU ANTARA 1207 SEBELUM MASIHI (B.C)  HINGGA KE TAHUN 2161 YANG TELAH DITERBITKAN PADA TAHUN 1887.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment