Friday, February 26, 2016

KOMET - HALLEY (SIRI 8)

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

TAHUN 218 MASIHI

DALAM TAHUN 218 MASIHI (A.D),  SEBIJI KOMET YANG BESAR TELAH DIREKODKAN OLEH PENCATAT-PENCATAT DI EROPAH DAN JUGA DI CHINA. DIO CASSIUS  MENGGAMBARKAN, KOMET TERSEBUT SEBAGAI SUATU BINTANG YANG AMAT MENGGERUNKAN DENGAN 'EKOR' MEMANJANG DARI BARAT KE TIMUR. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI BULAN APRIL HINGGA BULAN MEI.

DALAM CATATAN YANG TERTULIS DI DALAM HOU HAN SHU,  THUNG CHIEN KANG MU, DAN JUGA DALAM REKOD-REKOD ASTRONOMI ORANG CINA YANG LAIN, DINYATAKAN CERITA BERIKUT, "DALAM MASA PERTENGAHAN BULAN APRIL HINGGA PERTENGAHAN BULAN MEI, SEBIJI KOMET TELAH MUNCUL DI SEBELAH TIMUR PADA WAKTU PAGI. SELEPAS LEBIH DARIPADA 20 HARI, KOMET TERSEBUT TELAH MENJADI OBJEK DI SEBELAH BARAT DAN MUNCUL PADA WAKTU PETANG. IA MELALUI BAHAGIAN BARAT BURUJ GEMINI,  DI KAWASAN BINTANG CASTOR  DAN BINTANG POLLUX,  MELALUI 'KAKI' BERUANG BESAR BURUJ URSA MAJOR,  MELEPASI BINTANG-BINTANG DI UTARA 'SABIT' BURUJ LEO,  DAN MELEWATI 'MANGKUK'  DI BURUJ VIRGO.  SINAR DARI KOMET TERSEBUT MENUNJUKKAN KE ARAH BURUJ HERCULES".

REKOD DAN CATATAN TERSEBUT MEMBERIKAN HANYA ANGGARAN TARIKH BILA KOMET TERSEBUT DICERAP BUAT PERTAMA KALI. PEMERIKSAAN DAN PENELITIAN KE ATAS KOMET YANG HADIR SEPINTAS LALU, DAPAT MENOLONG DALAM MENENTUKAN TARIKH DENGAN LEBIH TEPAT. SEBELUM MINGGU KEDUA BULAN MEI, KOMET HALLEY ADALAH TERLALU RENDAH UNTUK DICERAP PADA WAKTU PAGI. ALTITUD TERTINGGI SEBELUM TERBIT MATAHARI DICAPAI PADA MEI 18 DAN DALAM JANGKA MASA 2 MINGGU BERIKUTNYA, IA MELEPASI 'GABUNGAN' (CONJUNCTION)  DENGAN MATAHARI DAN BERGERAK MENJADI OBJEK WAKTU PETANG. MAKA, PEMERHATIAN RINGKAS MESTI BERTARIKH DARI BEBERAPA HARI DARI MEI 15. INI DIPERSETUJUI DENGAN PENYATAAN "SELEPAS LEBIH DARIPADA 20 HARI", KOMET TERSEBUT MENJADI OBJEK YANG MUNCUL PADA WAKTU PETANG. TITIK TERDEKAT (PERIHELION)  KOMET HALLEY DENGAN MATAHARI BERLAKU PADA MEI 17 DAN KEDUDUKAN TERDEKAT KOMET HALLEY DENGAN BUMI BERLAKU PADA MEI 30 DENGAN JARAK 0.42 UNIT ASTRONOMIKAL (A.U).  PADA MASA YANG SAMA, KOMET HALLEY MENCAPAI MAGNITUD SEKITAR 0 IAITU KECERAHAN YANG MAKSIMA.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH - KEDUDUKAN (RA DAN DEC) - MAGNITUD
MEI 03    -  02h05m        +19.8O               - +4.1
MEI 13    -  02h20m        +25.0O               - +2.8
MEI 23    -  03h36m        +36.7O               - +1.5
MEI 28    -  05h35m        +43.3O               - +0.7
JUN 02    -  08h17m        +37.9O               -   0.0
JUN 12    -  10h34m        +16.9O               - +1.6
JUN 22    -  11h11m        +07.7O               - +3.1
JUL  02    -  11h28m        +03.3O               - +4.2


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment