Friday, January 29, 2016

KOMET - HALLEY (SIRI 4)

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

TAHUN 86 SEBELUM MASIHI (B.C)

KOMET HALLEY  MUNCUL LAGI PADA MUSIM PANAS DALAM TAHUN 86 SEBELUM MASIHI (B.C).  KOMET HALLEY  TELAH KELIHATAN PADA SEBELAH PAGI SEBELUM MINGGU KETIGA DALAM BULAN JULAI. IANYA TERLALU KABUR TETAPI TELAH DAPAT DICERAP SECARA TIDAK SENGAJA. KOMET HALLEY  BERADA PADA KEDUDUKAN TERTINGGI DI UTARA IAITU PADA +41 DALAM BURUJ AURIGA  ANTARA AKHIR BULAN JULAI DAN AWAL BULAN OGOS DENGAN PENAMPILAN YANG CUKUP MENARIK DI UFUK TIMUR-LAUT DI WAKTU PAGI. PENAMPILAN INI HANYA UNTUK MASA YANG SINGKAT SAHAJA SEBELUM KOMET HALLEY MUNCUL PULA SEBAGAI OBJEK PADA WAKTU PETANG. IA MENJADI TIDAK SESUAI UNTUK DICERAP DENGAN KEDUDUKANNYA YANG RENDAH DI UFUK BARAT MENYEBABKANNYA 'HILANG' DALAM KESAMARAN SENJA.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TENTANG KEDUDUKAN KOMET HALLEY:

TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC.) - MAGNITUD
~  JULAI 23 -  08h03m    +38.7O              -  +1.9
~  JULAI 28 -  10h24m    +33.1O              -  +1.4
~  OGOS 02 -  12h08m    +19.7O              -  +1.5
~  OGOS 12 -  13h24m    +02.8O              -  +2.4
~  OGOS 22 -  13h42m    - 03.8O              -  +2.4
~  SEPT  01 -  13h47m    - 07.2O              -  +3.4




CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment