Monday, January 11, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 129


RIMA GALILAEI
TERUSAN GALILAEI

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA GALILAEI TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA GALILAEI ADALAH 59.0o  BARAT SERTA 13.0o UTARA. IA BERADA DI KAWASAN PINGIRAN BULAN DI BAHAGIAN BARAT. 


KELUASAN:
RIMA GALILAEI ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 185 km.


ERA PEMBENTUKAN:
PEMBENTUKAN RIMA GALILAEI TIDAK DAPAT DIPASTIKAN. TIDAK DATA DIJUMPAI.


CIRI-CIRI:
RIMA GALILAEI ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SANGAT SEMPIT DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN BERPUNCA DARI UTARA DAN MENGHALA KE SELATAN. IANYA MENGELUYUR DI KAWASAN BERBENTUK 'KUBAH' (DOMES) DI MARIUS.


PEMERHATIAN:
RIMA GALILAEI MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE LIMA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA EMPAT HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA GALILAEI, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA GALILAEI.


PENGHORMATAN:
RIMA GALILAEI DINAMAKAN SEMPENA GALILEO GALILEI  IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI FIZIK ITALI PADA KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN DI PISE, ITALI  PADA 15hb FEBRUARI, 1564 DAN MENINGGAL DUNIA DI ARCETRI, ITALI  PADA 8hb JANUARI, 1642. GALILEO  MERUPAKAN PENERAJU KEPADA PERMODENAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN. BELIAU JUGA MERUPAKAN INDIVIDU PERTAMA YANG MENGGUNAKAN TELESKOP UNTUK MENCERAP BINTANG-BINTANG. GALILEO TELAH MENEMUI 'TOMPOKAN MATAHARI' (SUN SPOTS)  PADA PERMUKAAN MATAHARI SERTA  SATELIT-SATELIT BAGI PLANET MUSYTARI (JUPITER). BELIAU JUGA TELAH MENOLAK PENDAPAT BERKAITAN DENGAN PUTARAN BUMI MENGELILINGI MATAHARI.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment