BURUJ LEPUS
ARNAB (THE HARE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
LEP
DESKRIPSI:
BURUJ LEPUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR ARNAB. "LEPUS" BERMAKSUD "ARNAB" (THE HARE) DALAM BAHASA LATIN. BURUJ LEPUS TIDAK MEMPUNYAI MITOS. IA DIKAITKAN DENGAN KEDUDUKANNYA YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ ORION (PEMBURU) SERTA BURUJ CANIS MAJOR (ANJING BESAR) DAN JUGA BURUJ CANIS MINOR (ANJING KECIL). DISEBABKAN ITU, BURUJ LEPUS DIANGGAP SEDANG DIKEJAR DAN DIBURU OLEH PEMBURU (BURUJ ORION) SERTA ANJING-ANJING PEMBURU (BURUJ CANIS MAJOR DAN BURUJ CANIS MINOR).
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LEPUS TERLETAK DI -11O SELATAN DAN -27O SELATAN SERTA 4h55m DAN 6h10m. BURUJ LEPUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +63O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ LEPUS MEMPUNYAI KELUASAN 290 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 51 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LEPUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CANIS MAJOR
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ COLUMBA DAN BURUJ CAELUM
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ERIDANUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ ORION, BURUJ MONOCEROS DAN BURUJ ERIDANUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LEPUS:
~ BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINARY YANG HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN KOMPANINYA (COMPANION) YANG KABUR (FAINT) DENGAN MAGNITUD +11.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSTION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 330O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION -SEP) PULA ADALAH 2.5".
~ BINTANG GAMMA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG BERWARNA JINGGA. MANAKALA, BINTANG GAMMA BERWARNA KUNING. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +6.3; P.A PADA 350O DAN SEP PADA 96.3".
~ BINTANG KAPPA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.4; P.A PADA 358O SERTA SEP PADA 2.6". BINARI INI ADALAH SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY).
~ BINTANG h3780 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI NGC2017 JUGA DIANGGAP SEBAGAI SATU BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN 5 BIJI BINTANG KOMPANI. KOMPANI B BERMAGNITUD +7.9; P.A PADA 146O DAN SEP PADA 0.8". KOMPANI C BERMAGNITUD +8.5; P.A PADA 136O DAN SEP PADA 89.2". KOMPANI E BERMAGNITUD +8.4; P.A PADA 7O SERTA SEP PADA 76.1". KOMPANI F PULA BERMAGNITUD +8.1; P.A PADA 299O SERTA SEP PADA 28.8". MANAKALA, KOMPANI G PULA BERMAGNITUD +9.5; PADA P.A 49O DENGAN SEP PADA 59.8".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LEPUS:
~ BINTANG MU DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA CV TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG MU BERUBAH DARI MAGNITUD +2.97 KE MAGNITUD +3.41 SETIAP 2 HARI.
~ BINTANG RHO PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ALPHA CYGNI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG RHO BERUBAH DARI MAGNITUD +3.83 KE MAGNITUD +3.90.
~ BINTANG R LEPORIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.0 HINGGA KE MAGNITUD +11.5 DALAM JANGKA MASA 427.07 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ LEPUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN YANG BERIKUT:
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ LEPUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ M79 ATAU NGC1904 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG KECIL. M79 ADALAH SALAH SATU KLUSTER GLOBAL YANG BERADA BERTENTANGAN DENGAN ARAH PUSAT GALAKTIK. IA BERMAGNITUD +8.56 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00. M79 BERADA 41,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC2017 ATAU JUGA h3780 MERUPAKAN KUMPULAN 6 BIJI BINTANG DALAM HIMPUNAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). SEBENARNYA BUKANLAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA. WALAUPUN BEGITU, KEDUDUKAN KEENAM-ENAM BIJI BINTANG YANG SANGAT RAPAT INI MERUPAKAN SATU PEMANDANGAN YANG SUNGGUH MENARIK. LIMA BIJI BINTANG YANG SUNGGUH CERAH MEMPUNYAI WARNA-WARNA YANG SUNGGUH CANTIK IAITU KUNING, BIRU DAN JINGGA GELAP. NGC2017 BERMAGNITUD +6.4 DAN IA BERADA 1,300 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1964 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MANA 3/4 DARIPADA GALAKSI INI TERDIRI DARIPADA NEBULA TERPANCAR (DIFFUSE NEBULA). NGC1964 BERMAGNITUD +10.80 DENGAN KECERAHAN +13.40.
~ NGC1821 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI JANGGAL (IRREGULAR GALAXY) YANG MANA TERDAPAT SATU SUPERNOVA, SN2002bj YANG BERMAGNITUD +14.7, YANG DICERAP DI DALAMNYA. DIPERCAYAI, SISTEM BINTANG INI TERDIRI DARIPADA DUA BIJI BINTANG PUTIH KERDIL (WHITE DWARF) DENGAN GAS HELIUM SALING BERTUKAR-TUKAR ANTARA SATU SAMA LAIN. APABILA GAS HELIUM TERSEBUT BERTAMBAH BANYAK, IA MELETUP DENGAN REAKSI NUKLEAR YANG WUJUD PADA SUHU YANG TINGGI PADA PERMUKAAN BINTANG YANG LEBIH BESAR DAN MENYEBABKAN LETUSAN YANG LEBIH HEBAT. NGC1821 BERMAGNITUD +14.5.
~ NGC1832 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +11.30 DENGAN KECERAHAN +12.80. IA BERADA 85,600 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1744 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +14.90.
~ IC418 KEMUNGKINAN MERUPAKAN SEBUAH BINTANG MERAH GERGASI (RED GIANT STAR). SEMENJAK KEHABISAN BAHAN BAKAR NUKLEARNYA, BAHAGIAN LUAR TELAH BERKEMBANG DAN MENYEBABKAN SAKI-BAKI 'PUSAT' YANG PANAS TELAH BERUBAH MENJADI SEBUAH BINTANG PUTIH KERDIL (WHITE-DWARF STAR). CAHAYA DARIPADA 'PUSAT' TERAS TELAH MERANGSANG ATOM-ATOM DI SEKELILING NEBULA TERSEBUT MENGELUARKAN SINAR.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LEPUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment