Friday, February 26, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 113


CALDWELL 3
C3 (NGC 4236)



BURUJ:
DRACO

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
12h 16m 42s
+69o 27' 45"

JARAK:
11.7 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
21.9'  x  7.2' (arcminute)

MAGNITUD:
+9.7

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.  

C3 TELAH DITEMUI OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI BRITAIN KELAHIRAN GERMAN IAITU WILLIAM HERSCHEL  PADA 6hb APRIL, 1793. C2 MERUPAKAN SALAH SATU GALAKSI YANG TERKANDUNG DI DALAM 'KUMPULAN M81'  YANG MENGANDUNGI SEKURANG-KURANGNYA 34 GALAKSI TERMASUKLAH GALAKSI BERPUTAR M81  DAN JUGA GALAKSI M82.  TERDAPAT SEBANYAK LEBIH DARIPADA 100 BILION BUAH BINTANG DI DALAM C2.







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM





KOMET - HALLEY (SIRI 8)

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

TAHUN 218 MASIHI

DALAM TAHUN 218 MASIHI (A.D),  SEBIJI KOMET YANG BESAR TELAH DIREKODKAN OLEH PENCATAT-PENCATAT DI EROPAH DAN JUGA DI CHINA. DIO CASSIUS  MENGGAMBARKAN, KOMET TERSEBUT SEBAGAI SUATU BINTANG YANG AMAT MENGGERUNKAN DENGAN 'EKOR' MEMANJANG DARI BARAT KE TIMUR. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI BULAN APRIL HINGGA BULAN MEI.

DALAM CATATAN YANG TERTULIS DI DALAM HOU HAN SHU,  THUNG CHIEN KANG MU, DAN JUGA DALAM REKOD-REKOD ASTRONOMI ORANG CINA YANG LAIN, DINYATAKAN CERITA BERIKUT, "DALAM MASA PERTENGAHAN BULAN APRIL HINGGA PERTENGAHAN BULAN MEI, SEBIJI KOMET TELAH MUNCUL DI SEBELAH TIMUR PADA WAKTU PAGI. SELEPAS LEBIH DARIPADA 20 HARI, KOMET TERSEBUT TELAH MENJADI OBJEK DI SEBELAH BARAT DAN MUNCUL PADA WAKTU PETANG. IA MELALUI BAHAGIAN BARAT BURUJ GEMINI,  DI KAWASAN BINTANG CASTOR  DAN BINTANG POLLUX,  MELALUI 'KAKI' BERUANG BESAR BURUJ URSA MAJOR,  MELEPASI BINTANG-BINTANG DI UTARA 'SABIT' BURUJ LEO,  DAN MELEWATI 'MANGKUK'  DI BURUJ VIRGO.  SINAR DARI KOMET TERSEBUT MENUNJUKKAN KE ARAH BURUJ HERCULES".

REKOD DAN CATATAN TERSEBUT MEMBERIKAN HANYA ANGGARAN TARIKH BILA KOMET TERSEBUT DICERAP BUAT PERTAMA KALI. PEMERIKSAAN DAN PENELITIAN KE ATAS KOMET YANG HADIR SEPINTAS LALU, DAPAT MENOLONG DALAM MENENTUKAN TARIKH DENGAN LEBIH TEPAT. SEBELUM MINGGU KEDUA BULAN MEI, KOMET HALLEY ADALAH TERLALU RENDAH UNTUK DICERAP PADA WAKTU PAGI. ALTITUD TERTINGGI SEBELUM TERBIT MATAHARI DICAPAI PADA MEI 18 DAN DALAM JANGKA MASA 2 MINGGU BERIKUTNYA, IA MELEPASI 'GABUNGAN' (CONJUNCTION)  DENGAN MATAHARI DAN BERGERAK MENJADI OBJEK WAKTU PETANG. MAKA, PEMERHATIAN RINGKAS MESTI BERTARIKH DARI BEBERAPA HARI DARI MEI 15. INI DIPERSETUJUI DENGAN PENYATAAN "SELEPAS LEBIH DARIPADA 20 HARI", KOMET TERSEBUT MENJADI OBJEK YANG MUNCUL PADA WAKTU PETANG. TITIK TERDEKAT (PERIHELION)  KOMET HALLEY DENGAN MATAHARI BERLAKU PADA MEI 17 DAN KEDUDUKAN TERDEKAT KOMET HALLEY DENGAN BUMI BERLAKU PADA MEI 30 DENGAN JARAK 0.42 UNIT ASTRONOMIKAL (A.U).  PADA MASA YANG SAMA, KOMET HALLEY MENCAPAI MAGNITUD SEKITAR 0 IAITU KECERAHAN YANG MAKSIMA.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH - KEDUDUKAN (RA DAN DEC) - MAGNITUD
MEI 03    -  02h05m        +19.8O               - +4.1
MEI 13    -  02h20m        +25.0O               - +2.8
MEI 23    -  03h36m        +36.7O               - +1.5
MEI 28    -  05h35m        +43.3O               - +0.7
JUN 02    -  08h17m        +37.9O               -   0.0
JUN 12    -  10h34m        +16.9O               - +1.6
JUN 22    -  11h11m        +07.7O               - +3.1
JUL  02    -  11h28m        +03.3O               - +4.2


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

RENUNGAN JUMAAT

"...APAKAH KAMU YANG LEBIH SULIT PENCIPTAANNYA ATAUKAH LANGIT? ALLAH TELAH MEMBINANYA, DIA MENINGGIKAN BANGUNANNYA LALU MENYEMPURNAKANNYA, DAN DIA MENJADIKAN MALAMNYA GELAP GULITA, DAN MENJADIKAN SIANGNYA TERANG BENDERANG. DAN BUMI SESUDAH ITU DIHAMPARKAN-NYA. IA MEMANCARKAN DARIPADANYA MATA AIR-NYA, DAN (MENUMBUHKAN) TUMBUH-TUMBUHAN. DAN GUNUNG-GUNUNG DIPANCANGKAN-NYA DENGAN TEGUH, (SEMUA ITU) UNTUK KESENANGANMU DAN UNTUK BINATANG-BINATANG TERNAKMU..."

 SURAH AN NAAZI'AAT (MALAIKAT-MALAIKAT YANG MENCABUT), JUZUK 30, AYAT 27 - 33

Tuesday, February 23, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 112


CALDWELL 2
C2 (NGC 40)



BURUJ:
CEPHEUS

KELAS:
NEBULA PLANETARI
(PLANETARY NEBULA)

LOKASI:
00h 13m 01s
+72o 31' 19"

JARAK:
3,500 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
0.6'  x  0.4' (arcminute)

MAGNITUD:
+10.7

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.  

C2 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL  PADA 25hB NOVEMBER, 1788. IA MENGANDUNGI GAS-GAS YANG PANAS YANG MENGELILINGI SEBUAH BINTANG YANG HAMPIR 'LUPUS' (DYING STAR).  BINTANG TERSEBUT TELAH MENGHAMBURKAN LAPISAN 'LUARAN' YANG MENINGGALKAN SEBAHAGIAN KECIL BINTANG YANG PANAS DENGAN SUHU PERMUKAAN MENCAPAI 50,000o C.  C2 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BOW TIE NEBULA".








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM