BURUJ TUCANA
BURUNG BERWARNA-WARNI DAN BERPARUH BESAR (THE TAUCAN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
TUC
DESKRIPSI:
BURUJ TUCANA TIDAK DIKAITKAN DENGAN MITOS. IA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR BURUNG BERWARNA-WARNI YANG MEMPUNYAI PARUH YANG BESAR SEPERTI BURUNG ENGGANG. TETAPI, 'TOUCAN' ADALAH BURUNG YANG HANYA TERDAPAT DI AMERIKA SELATAN. BURUJ TUCANA TELAH DIPERKENALKAN OLEH AHLI ASTRONOMI BELANDA BERNAMA PETRUS PLANCIUS PADA AKHIR KURUN KE 16.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ TUCANA TERLETAK DI -56o SELATAN DAN -75o SELATAN SERTA 22h10m DAN 1h25m. BURUJ TUCANA BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +25o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ TUCANA MEMPUNYAI KELUASAN 295 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 48 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TUCANA IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ HYDRUS DAN BURUJ ERIDANUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ OCTANS DAN BURUJ HYDRUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ INDUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ GRUS DAN BURUJ PHOENIX
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ TUCANA:
~ BINTANG BETA1 DAN BINTANG BETA2
~ BINTANG DELTA
~ BINTANG KAPPA
~ BINTANG LAMBDA
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ TUCANA:
~ BINTANG THETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG THETA BERUBAH DARI +6.06 KE MAGNITUD +6.15 DALAM JANGKA MASA 1 JAM 11 MINIT.
~ BINTANG NU PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "PULSATING VARIABLE" ATAU "LB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG NU BERUBAH DARI +4.75 KE MAGNITUD +4.98 DALAM JANGKA MASA YANG TIDAK MENENTU (UNCERTAIN PERIOD).
PEMERHATIAN:
BURUJ TUCANA DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN OGOS PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ TUCANA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC104 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG MEMPUNYAI 'TERAS' YANG AGAK TERANG. IA MERUPAKAN KLUSTER YANG KEDUA TERBESAR DAN BERADA 16,700 TAHUN CAHAYA. NGC104 BERMAGNITUD +4.01 DAN IANYA ADALAH OBJEK YANG BOLEH DILIHAT TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG ALAT PENCERAPAN (NAKED EYE OBJECT). IA TELAH DITEMUI OLEH NICOLAS LACAILLE DALAM TAHUN 1751.
~ NGC292 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI KERDIL (DWARF GALAXY) YANG BERADA 200,000 TAHUN CAHAYA DAN IANYA ADALAH GALAKSI YANG TERDEKAT DENGAN GALAKSI 'BIMA SAKTI' (MILKY WAY). NGC292 MEMPUNYAI BERATUS JUTA BINTANG DENGAN MAGNITUD +2.3. IA JUGA BOLEH DILIHAT TANPA SEBARANG ALAT PENCERAPAN (NAKED EYE OBJECT). IA TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL.
~ NGC362 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG TELAH DITEMUI OLEH JAMES DUNLOP PADA 1hb OGOS, 1826. IA ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG LEBIH 'PADAT' (COMPACT) DENGAN BANYAK BINTANG-BINTANG YANG BERADA DI 'TERAS' KLUSTER. NGC362 ADALAH KLUSTER YANG TERANG, BESAR, PADAT SERTA CERAH DI 'TERAS'. IA BERMAGNITUD +6.6.
~ NGC152 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL PADA 20hb SEPTEMBER, 1835. IA ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG KABUR (FAINT), BESAR, KELIHATAN AGAK 'BULAT' SERTA MEMPUNYAI 'TERAS' YANG AGAK CERAH. NGC152 BERMAGNITUD +12.2.
~ NGC330 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG TELAH DITEMUI OLEH JAMES DUNLOP PADA 1hb OGOS, 1826. IA ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL DENGAN MAGNITUD +9.6.
~ NGC346 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) SERTA NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG TELAH DITEMUI OLEH JAMES DUNLOP PADA 1hb OGOS, 1826, IA ADALAH SEBUAH OBJEK YANG BESAR SERTA TIADA BERBENTUK KHAS (IRREGULAR FIGURE) DAN MEMPUNYAI 'TERAS' YANG AGAK TERANG SEPERTI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STARS). CAHAYA, ANGIN DAN HABA YANG DILEPASKAN OLEH BINTANG-BINTANG BESAR TELAH MENYEBABKAN PENYEBARAN GAS YANG 'BERSINAR' DAN 'BERCAHAYA' KE DALAM SERTA KE SEKELILING KLUSTER YANG MENGHASILKAN PERSEKITARAN STRUKTUR NEBULA YANG JARANG DIJUMPAI KELIHATAN SEPERTI SEBUAH 'SARANG LABAH-LABAH' (COB WEB). IA BERADA 200,000 TAHUN CAHAYA DAN MERUPAKAN NEBULA PANCARAN YANG TERBESAR DI DALAM "SMALL MAGELLANIC CLOUD" (AWAN MAGELLAN KECIL).
~ NGC248 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL PADA 11hb APRIL, 1834. IA BERADA DI DALAM "SMALL MAGELLANIC CLOUD" (AWAN MAGELLAN KECIL).
~ NGC265 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL PADA 11hb OGOS, 1834. IA BERMAGNITUD +12.2 SERTA MEMPUNYAI RATUSAN ATAU RIBUAN BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) YANG BERADA 200,000 TAHUN CAHAYA.
~ NGC290 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL PADA 11hb APRIL, 1834. IA BERADA 200,000 TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +12.0. NGC290 MEMPUNYAI RATUSAN ATAU RIBUAN BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS) SEPERTI JUGA NGC265.
~ NGC406 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL PADA 3hb NOVEMBER, 1834. IA ADALAH SEBUAH GALAKSI YANG KABUR (FAINT), AGAK BESAR, KELIHATAN AGAK 'BULAT' SERTA MEMPUNYAI 'TERAS' YANG AGAK CERAH. NGC406 MEMPUNYAI PERSAMAAN 'BENTUK' DENGAN 'GALAKSI WHIRLPOOL'. IA BERADA 65 JUTA TAHUN CAHAYA SERTA BERMAGNITUD +12.5.
~ NGC419 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TELAH DITEMUI OLEH JAMES DUNLOP PADA 2hb SEPTEMBER, 1826. IA ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG AMAT CERAH, AMAT BESAR, KLIHATAN 'BULAT' SERTA MEMPUNYAI 'TERAS' YANG AGAK CERAH. NGC419 BERMAGNITUD +11.2.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ TUCANA TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment