BURUJ CORONA AUSTRALIS
MAHKOTA SELATAN (SOUTHERN CROWN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CrA
DESKRIPSI:
BURUJ CORONA AUSTRALIS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH MAHKOTA. BAGI MEMBEZAKAN ANTARA MAHKOTA (CORONA BOREALIS) YANG TERLETAK DI HEMISFERA UTARA DENGAN DI HEMISFERA SELATAN, IA DITAMBAH PERKATAAN 'AUSTRALIS'.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CORONA AUSTRALIS TERLETAK DI -36o SELATAN DAN -46o SELATAN SERTA 17h58m DAN 19h20m. BURUJ CORONA AUSTRALIS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +40o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ CORONA AUSTRALIS MEMPUNYAI KELUASAN 128 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 80 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CORONA AUSTRALIS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ TELESCOPIUM DAN BURUJ ARA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SCORPIUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARY (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CORONA AUSTRALIS:
~ BINTANG KAPPA2 DAN BINTANG KAPPA1 MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) YANG MEMBENTUK SATU BINARI YANG AMAT MENARIK. BINTANG KAPPA2 MERUPAKAN BINTANG UTAMA (PRIMARY) DAN BINTANG KAPPA1 IALAH BINTANG KOMPANI (COMPANION) YANG BERMAGNITUD +6.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 359o DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) PULA ADALAH 21.4".
BINTANG VARIABLE:
BURUJ CORONA AUSTRALIS TIDAK MEMPUNYAI BINTANG VARIABLE.
PEMERHATIAN:
BURUJ CORONA AUSTRALIS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CORONA AUSTRALIS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC6541
~ NGC6729
~ NGC6726
~ NGC6727
~ IC4812
~ CORONET CLUSTER
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CORONA AUSTRALIS MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEKALI DALAM SETAHUN:
~ HUJAN METEOR CORONA AUSTRALIDS (METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA 14hb KE 18hb MAC DI MANA KEMUNCAK (PEAK) TERJADI PADA 16hb MAC. "KADAR KEGUGURAN SEJAM" (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) BERUBAH-UBAH DARI TAHUN KE SETAHUN IAITU DARI 4 METEOR SEJAM HINGGA MENCECAH 45 METEOR SEJAM.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment