RIMA SHEEPSHANKS
TERUSAN SHEEPSHANKS
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA SHEEPSHANKS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA SHEEPSHANKS ADALAH 24.0o TIMUR SERTA 58.0o UTARA. IA BERADA DI KAWASAN BAHAGIAN UTARA PINGGIRAN BULAN.
KELUASAN:
RIMA SHEEPSHANKS ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 206 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA SHEEPSHANKS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA SHEEPSHANKS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG PANJANG DAN SANGAT SEMPIT SERTA LURUS DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT MENUJU KE ARAH TIMUR. IA TIDAK DAPAT DICERAP DENGAN JELAS DARI BUMI. RIMA SHEEPSHANKS BERADA DI BAHAGIAN UTARA MARE FRIGORIS.
PEMERHATIAN:
RIMA SHEEPSHANKS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KELIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEEMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA SHEEPSHANKS, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA SHEEPSHANKS.
PENGHORMATAN:
RIMA SHEEPSHANKS DINAMAKAN SEMPENA ANNE SHEEPSHANKS IAITU SEORANG DERMAWAN BERBANGSA ENGLISH PADA KURUN KE 19. BELIAU DILAHIRKAN DI ENGLAND PADA TAHUN 1789 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 8hb FEBRUARI, 1876 DI READING, ENGLAND. BELIAU MERUPAKAN KAKAK KEPADA AHLI ASTRONOMI, RICHARD SHEEPSHANKS (1794 - 1855), SHEEPSHANKS TELAH MENDERMA KEPADA CAMBRIDGE OBSERVATORY BAGI PEMBELIAN SEBUAH TELESKOP FOTOGRAFI MODEN BAGI KEGUNAAN DI BALAI CERAP TERSEBUT. SEBAGAI PENGHORMATAN KEPADA JASA BELIAU, MAKA "THE SHEEPSHANKS EXHIBITION" TELAH DITUBUHKAN. BELIAU TELAH MENJADI AHLI KEHORMAT DI "THE ROYAL ASTRONOMICAL SOCIETY".
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment