TERUSAN SCHROTER
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA SCHROTER TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA SCHROTER ADALAH 6.0o BARAT SERTA 1.0o UTARA. IA BERADA DI KAWASAN BAHAGIAN SELATAN KAWAH ERATHOSTENES.
KELUASAN:
RIMA SCHROTER ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 41 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA SCHROTER TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA SCHROTER ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG PENDEK DAN SANGAT SEMPIT SERTA BENGKANG BENGKOK DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT-DAYA MENUJU KE ARAH TIMUR-LAUT BERSAMBUNG DENGAN KAWAH SOMMERING HINGGA KE KAWAH SCHROTER.
PEMERHATIAN:
RIMA SCHROTER MEMPUNYAI FORMASI YANG AMAT MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA SCHROTER, REFLECTOR BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA SCHROTER.
PENGHORMATAN:
RIMA SCHROTER DINAMAKAN SEMPENA JOHANN H. SCHROTER IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI BERBANGSA GERMAN PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN DI ERFURT, GERMAN PADA 30hb OGOS,1745 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 29hb OGOS, 1816. BELIAU TELAH MEMPELAJARI BIDANG UNDANG-UNDANG DI GOTTINGEN UNIVERSITI DARI TAHUN 1762 HINGGA TAHUN 1767. PADA TAHUN 1777, SCHROTER TELAH MENJADI SETIAUSAHA DI "ROYAL CHAMBER OF GEORGE III DI HANOVER, GERMAN. BERMULA DARI TAHUN 1779, BELIAU TELAH MEMBUAT PENCERAPAN TERHADAP MATAHARI, BULAN DAN JUGA PLANET UTARID (VENUS). BELIAU TELAH MEMBELI TELESKOP YANG LEBIH CANGGIH UNTUK MEMBUAT PENCERAPAN TERHADAP PLANET MARIKH (MARS), PLANET MUSYTARI (JUPITER) SERTA PLANET ZUHAL (SATURN). SCHROTER TELAH MEMBUAT LAKARAN-LAKARAN MUKABUMI PLANET UTARID, BULAN DAN PLANET MARIKH DARIPADA HASIL PENCERAPAN TERSEBUT.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment