RIMA MAIRAN
TERUSAN MAIRAN
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA MAIRAN TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA MAIRAN ADALAH 47.0o BARAT SERTA 38.0o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN UTARA OCEANUS PROCELLARUM.
KELUASAN:
RIMA MAIRAN ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 104 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA MAIRAN TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA MAIRAN ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SEMPIT SERTA BENGKANG BENGKOK DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI UTARA MENUJU KE ARAH SELATAN.
PEMERHATIAN:
RIMA MAIRAN MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA TIGA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA MAIRAN, REFLECTOR BERKUASA +300 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA MAIRAN.
PENGHORMATAN:
RIMA MAIRAN DINAMAKAN SEMPENA JEAN-JACQUES d'ORTOUS de MAIRAN IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI, AHLI FIZIK, DAN AHLI KRONO-BIOLOGI BERBANGSA PERANCHIS PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN DI BEZIERS, PERANCHIS PADA 28hb NOVEMBER,1678 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 20hb FEBRUARI, 1771 DI PARIS, PERANCHIS. BELIAU TELAH MEMBUAT BEBERAPA PENEMUAN DALAM BIDANG 'TEKS PURBA' (ANCIENT TEXTS) DAN BIDANG ASTRONOMI.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment