Tuesday, May 17, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 136

CALDWELL 26
C26 (NGC  4244)


BURUJ:
CANES VENATICI

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
12h 17m 29.6s
+37o 48' 26"

JARAK:
14 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
16.0'  X  2.0'  (arcminute) 

MAGNITUD:
+10.2

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C26 TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL  PADA 17hb MAC, 1787. IA KELIHATAN SEPERTI SEBATANG JARUM MENYEBABKAN IANYA DIKENALI SEBAGAI "THE SILVER NEEDLE GALAXY"  KERANA IA DILIHAT DARI ARAH SISINYA (EDGE-ON) OLEH TOM POLAKIS, SEORANG PEMINAT OBJEK 'DEEP SKY'.  C26 TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN GALAKSI BERPUTAR NGC4449  ATAU CALDWELL 21. TERDAPAT SEBIJI NUKLEAR BINTANG KLUSTER SERTA LINGKARAN (HALO) TERLETAK DI 'TERAS' GALAKSI. C26 KELIHATAN SEPERTI SEKEPING 'WAFER' DI ANGKASA DENGAN 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS)  TERSELINDUNG DARI PANDANGAN DISEBABKAN KEDUDUKANNYA PADA ARAH SISI. BEBERAPA KELOMPOK-KELOMPOK GAS YANG TERANG DAN BERCAHAYA BOLEH DILIHAT BERTABURAN DI SEPANJANG C26, DI SAMPING JUGA LORONG-LORONG DEBU GELAP (DARK DUST LANES)  DI SEKELILING "TERAS' GALAKSI. 









CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






No comments:

Post a Comment