CALDWELL 25
C25 (NGC 2419)
BURUJ:
LYNX
KELAS:
KLUSTER GLOBAL
(GLOBULAR CLUSTER)
LOKASI:
07h 38m 08.5s
+38o 52' 54.9"
JARAK:
300,000 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
6.0' (arcminute)
MAGNITUD:
+9.06
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C25 TELAH DITEMUI OLEH JOHN WILLIAM HERSCHEL PADA 31hb DISEMBER, 1788. C25 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE INTERGALACTIC WANDERER" (PENGEMBARA ANTARA GALAKTIC) DISEBABKAN JANGKAAN AWAL PEMERHATI YANG MENGANGGAP C25 TIDAK MEMPUNYAI ORBIT DI SEKELILING 'BIMA SAKTI' (MILKY WAY). C25 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER YANG SAMAR-SAMAR (DIM) TETAPI IA JUGA SALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL YANG AMAT CERAH SERTA AMAT BESAR DI DALAM GALAKSI 'BIMA SAKTI'. IA MEMPUNYAI LEBIH DARIPADA SATU JUTA BIJI BINTANG.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment