BURUJ DELPHINUS
IKAN LUMBA-LUMBA (THE DOLPHIN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
DEL
DESKRIPSI:
BURUJ DELPHINUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR IKAN LUMBA-LUMBA. 'DELPHINUS' BERMAKNA 'DOLPHIN' (IKAN LUMBA-LUMBA) DALAM BAHASA LATIN. BURUJ DELPHINUS MELAMBANGKAN IKAN LUMBA-LUMBA YANG DIHANTAR OLEH DEWA LAUT, POSEIDON, UNTUK MENCARI AMPHITRITE, IAITU PARI-PARI YANG INGIN DIKAHWININYA. 'DOLPHIN' TELAH MENJUMPAI AMPHITRITE DAN MEMBAWANYA KE HADAPAN POSEIDON. AKHIRNYA MEREKA BERKAHWIN DAN BAGI MENGHARGAI JASA 'DOLPHIN', POSEIDON TELAH MELETAKKAN 'DOLPHIN' DI KALANGAN BINTANG-BINTANG DI LANGIT. BURUJ DELPHINUS TELAH DI KATALOGKAN BUAT PERTAMA KALI OLEH AHLI ASTRONOMI YUNANI BERNAMA PTOLEMY PADA KURUN KE 2.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ DELPHINUS TERLETAK DI +3o UTARA DAN +21o UTARA SERTA 20h15m DAN 21h10m. BURUJ DELPHINUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -70o SELATAN. BURUJ DELPHINUS MEMPUNYAI KELUASAN 189 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 69 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ DELPHINUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PEGASUS DAN BURUJ EQUULEUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ AQUILA DAN BURUJ AQUARIUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SAGITTA DAN BURUJ AQUILA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ VULPECULA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ DELPHINUS:
~ BINTANG BETA MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'VISUAL' DI MANA BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) MENGORBIT SETIAP 26.7 TAHUN. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +4.90. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 343o DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) PULA PADA 0.5".
~ BINTANG GAMMA1 DAN BINTANG GAMMA2 MEMBENTUK SATU BINARI YANG MENARIK. BINTANG GAMMA1 BERWARNA KUNING, MANAKALA BINTANG GAMMA2 BERWARNA JINGGA DAN BERMAGNITUD +5.50; P.A PADA 258o DAN SEP PADA 9.6".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ DELPHINUS:
~ BINTANG R DELPHINI ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.60 HINGGA KE MAGNITUD +13.80 DALAM JANGKA MASA 285.07 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ DELPHINUS DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ DELPHINUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC7006 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE CALDWELL 42" YANG TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 21hb OGOS, 1784. IA BERADA 135,000 TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +10.6. NGC7006 MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA 'LINGKARAN GALAKTIK' (GALACTIC HALO) IAITU KAWASAN 'SFERA' BIMA SAKTI (MILKY WAY) YANG TERDIRI DARIPADA GAS, BAHAN-BAHAN GELAP (DARK MATTER) SERTA JARANG-JARANG TERDAPAT KLUSTER 'STELLAR' DI KAWASAN INI.
~ NGC6934 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 47'. IA TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 24hb SEPTEMBER, 1785. NGC6934 BERADA 50,000 TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +8.8. IANYA TERLETAK DI 'LINGKARAN' BIMA SAKTI (MILKY WAY) DENGAN BILANGAN BINTANG-BINTANG BERJUMLAH BEBERAPA RATUS RIBU YANG MANA ADALAH LEBIH 'TUA' DAN 'KUNO' (ANCIENT) DARIPADA BINTANG-BINTANG DI 'CAKERA' GALAKTIK (GALACTIC DISK).
~ NGC6905 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BLUE FLASH NEBULA". IANYA TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 16hb SEPTEMBER, 1784. NGC6905 BERADA 7,500 TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +10.9. IA MEMPUNYAI BENTUK 'CENGKERANG'.
~ NGC6891 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG TELAH DITEMUI OLEH RALPH COPELAND PADA 22hb SEPTEMBER, 1884. IA BERADA 3,000 TAHUN CAHAYA SERTA BERMAGNITUD +10.5.
BURUJ DELPHINUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment