Monday, May 30, 2016

MENGENALI BURUJ - INDUS


BURUJ INDUS
ORANG INDIA AMERIKA ATAU ORANG INDIA 
(THE AMERICAN INDIAN OR THE INDIAN)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
IND

DESKRIPSI:
BURUJ INDUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG PRIBUMI AMERIKA SYARIKAT IAITU ORANG 'RED INDIAN'  ATAU SEBAGAI ORANG INDIA SEMASA IANYA DICIPTA.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ INDUS TERLETAK DI -45 SELATAN DAN -74 SELATAN SERTA 20h30m DAN 23h30m. BURUJ INDUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +15 UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90 SELATAN. BURUJ INDUS MEMPUNYAI KELUASAN 294 DARJAH (o)  PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 49 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ INDUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ TUCANA
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ OCTANS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ TELESCOPIUM,  BURUJ PAVO  DAN BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ MICROSCOPIUM  DAN BURUJ GRUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)


BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR)  YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ INDUS:
~  BINTANG ALPHA  MERUPAKAN SATU BINARI YANG AGAK JAUH (WIDE BINARY) DARI KOMPANINYA (COMPANION)  YANG AGAK KABUR (FAINT)  DENGAN MAGNITUD +12.50. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A KEDUA-DUA BINTANG IALAH 199 DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION -SEP)  PULA ADALAH 67.4".
~  BINTANG DELTA  YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI MENGORBITNYA SETIAP 12 TAHUN DAN IA ADALAH SEBUAH 'RAPID BINARY'  YANG BERMAGNITUD +5.50; P.A  PADA 50 SERTA SEP  PULA PADA 0.2".
~  BINTANG THETA  MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.00 DENGAN P.A  PADA 27.5o  SERTA SEP  IALAH 6.0".


BINTANG VARIABLE:
BURUJ INDUS TIDAK MEMPUNYAI BINTANG VARIABLE.

PEMERHATIAN:
BURUJ INDUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ INDUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~  NGC7049  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG MEMPUNYAI 'CINCIN' DEBU (DUST RING)  YANG NYATA DENGAN BEBERAPA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER)  YANG BERHUBUNG-KAIT DENGAN GALAKSI NGC7049.  IA MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEBAGAI SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  DAN JUGA SEBAGAI SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY).  BENTUK YANG PELIK PADA NGC7049  DIPERCAYAI DISEBABKAN OLEH BEBERAPA PERLANGGARAN DENGAN GALAKSI-GALAKSI YANG BERHAMPIRAN YANG BERLAKU DALAM MASA YANG TERDEKAT. NGC7049  BERADA 100 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA BERMAGNITUD +10.70 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS)  +13.30.


~  NGC7090  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERMAGNITUD +10.51 DENGAN KECERAHAN +12.90. IA BERADA 30 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  NGC7083  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERBENTUK "GRAND DESIGN"  BAGI SEBUAH GALAKSI SEPERTI GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY GALAXY).  TERDAPAT SEBUAH 'SUPERNOVA' DI DALAM GALAKSI NGC7083  IAITU SN2009hm  YANG DIKESAN PADA TAHUN 2009. NGC7083 BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +13.30.


~  NGC7029  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY)  YANG CERAH YANG DIKAITKAN DENGAN NGC7049  DAN NGC7041  SEBAGAI 'TIGA SERANGKAI GALAKSI INDUS' (THE INDUS TRIPLET GALAXIES).  IA BERMAGNITUD +11.70 DENGAN KECERAHAN +12.80 DAN IA BERADA 118.4 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  NGC7041  YANG MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA 'TIGA SERANGKAI GALAKSI INDUS' ADALAH SEBUAH LAGI GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY).  IA BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +13.00 DAN BERADA 82.5 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  NGC7064  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)  YANG BERADA 37 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA BERMAGNITUD +12.20 DENGAN KECERAHAN +13.10.



~  IC5152  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG MEMPUNYAI BENTUK YANG PELIK (IRREGULAR GALAXY)  DAN IA MENGANDUNGI SEBUAH BINTANG YANG AMAT CERAH BERADA DI BAHAGIAN HADAPAN GALAKSI INI. IC5152  BERMAGNITUD +10.50 DENGAN KECERAHAN +13.4.


HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ INDUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

           CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                            atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment