RIMA SUESS
TERUSAN SUESS
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA SUESS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA SUESS ADALAH 47.0o BARAT SERTA 6.0o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGAH OCEANUS PROCELLARUM.
KELUASAN:
RIMA SUESS ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 206 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA SUESS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA SUESS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SANGAT SEMPIT SERTA BENGKANG BENGKOK DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI UTARA MENUJU KE ARAH SELATAN. RIMA SUESS TELAH DITEMUKAN OLEH "LUNAR ORBITER PROBES"
PEMERHATIAN:
RIMA SUESS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA TIGA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA SUESS, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA SUESS.
PENGHORMATAN:
RIMA SUESS DINAMAKAN SEMPENA EDUARD SUESS IAITU SEORANG AHLI KAJI BUMI BERBANGSA AUSTRIA PADA KURUN KE 19. BELIAU DILAHIRKAN DI LONDON, ENGLAND PADA 30hb OGOS,1831 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 26hb APRIL, 1914 DI VIENNA, AUSTRIA. BELIAU MERUPAKAN SEORANG PENSYARAH DI UNIVERSITI OF VIENNA PADA TAHUN 1857. SUESS MERUPAKAN AHLI KAJI BUMI PERTAMA YANG MENGKAJI BIDANG KAJI BUMI MENGENAI BUMI DALAM KAJIAN "FACE OF THE EARTH" DALAM TAHUN 1909. BELIAU TELAH MENEMUI ASAL-USUL ALAM SEMESTA (COSMIC) 'MOLDAVITES'. SUESS MERUPAKAN PAKAR DALAM KAJI BUMI MENGENAI "ALPS".
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment