Friday, May 20, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 137

CALDWELL 27
C27 (NGC  6888)


BURUJ:
CYGNUS

KELAS:
NEBULA PANCARAN
(EMITTING NEBULA)

LOKASI:
20h 12m 07s
+38o 21' 00"

JARAK:
5,000 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
18.0'  X  12.0'  (arcminute) 

MAGNITUD:
+7.4

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C27 TELAH DITEMUI OLEH FRIEDRICH WILHELM HERSCHEL  PADA 15hb SEPTEMBER,1792. C27 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE CRESCENT NEBULA"  IAITU SEBUAH GELEMBUNG ATAU 'BUIH' KOSMIK TERBENTUK HASIL TIUPAN ANGIN YANG DIBEBASKAN OLEH BINTANG YANG 'BESAR' DAN 'CERAH' DI 'TERAS' NEBULA - WR 136 THE WOLF-RAYET STAR.  PEMBENTUKAN C27 TERJADI APABILA ANGIN DARI WR 136  YANG 'LAJU' BERLANGGAR DENGAN ANGIN BERGERAK 'PERLAHAN' YANG DIBEBASKAN OLEH BINTANG LAIN MENGHASILKAN 'A RED-GIANT STAR'  (BINTANG GERGASI MERAH). MAKA, TERBENTUKLAH 'CENGKERANG' (SHELL)  DAN DUA 'GELOMBANG KEJUTAN' (SHOCK WAVES)  YANG MANA SATU BERGERAK KE ARAH 'LUAR', MANAKALA SATU LAGI BERGERAK KE 'DALAM'.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


No comments:

Post a Comment