BURUJ GRUS
BURUNG BANGAU (THE CRANE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
GRU
DESKRIPSI:
BURUJ GRUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR BANGAU. TIADA MITOS YANG DIKAITKAN DENGAN BURUJ GRUS. IA TELAH DICIPTA OLEH PENJELAJAH BELANDA PADA KURUN KE 16. BURUJ GRUS MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA 12 BURUJ YANG DICIPTA OLEH PENJELAJAH BELANDA TERSEBUT.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ GRUS TERLETAK DI -36o SELATAN DAN -56o SELATAN SERTA 21h30m DAN 23h25m. BURUJ GRUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +34o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ GRUS MEMPUNYAI KELUASAN 366 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 45 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ GRUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PHOENIX
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ TUCANA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ MICROSCOPIUM DAN BURUJ INDUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ PISCIS AUSTRANUS DAN BURUJ SCULPTOR
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ GRUS:
~ BINTANG DELTA1 DAN BINTANG DELTA2 MEMBENTUK SATU BINARI 'OPTIK' (OPTICAL BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION) YANG BERWARNA MERAH. BINTANG DELTA1 ADALAH BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR). "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 5.6".
~ BINTANG THETA MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +7.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 75o DAN SEP PADA 1.1".
~ BINTANG PI1 MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +11.0; P.A PADA 201o SERTA SEP PADA 2.7".
~ BINTANG PI2 PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +12.0; P.A PADA 214o SERTA SEP PADA 4.6".
~ BINTANG SIGMA2 PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +10.5; P.A PADA 263o SERTA SEP PADA 2.7".
~ BINTANG TAU2 PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +8.0; P.A PADA 166o SERTA SEP PADA 0.3".
~ BINTANG UPSILON PULA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +9.0; P.A PADA 211o SERTA SEP PADA 1.1".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ GRUS:
~ BINTANG BETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "LC TYPE IRREGULAR VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +2.00 KE MAGNITUD +2.30.
~ BINTANG DELTA2 PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "LB TYPE IRREGULAR VARIABLE". MAGNITUD BINTANG DELTA2 BERUBAH DARI +3.99 KE MAGNITUD +4.20.
PEMERHATIAN:
BURUJ GRUS DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ GRUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC7213 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MENGHADAP (FACE-ON) BUMI. IA JUGA SEBUAH GALAKSI YANG PALING CERAH DALAM BURUJ GRUS. NGC7213 MENUNJUKKAN BAHAWA IANYA SEDANG MENGALAMI SATU PERLANGGARAN ATAU PENYATUAN APABILA DILIHAT MENGGUNAKAN 'JARAK GELOMBANG' (WAVELENGHTS) YANG LEBIH PANJANG. IA BERADA 71.7 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI DENGAN MAGNITUD +10.10 SERTA KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.30.
~ NGC7410 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA 65.5 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA BERMAGNITUD +10.40 DENGAN KECERAHAN +12.60.
~ NGC7424 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI BENTUK "GRAND DESIGN" DENGAN 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) SEPERTI GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY). TERDAPAT SATU 'SUPERNOVA' YANG DIKESAN PADA TAHUN 2001 DAN DINAMAKAN SN2001ig. NGC7424 TERLETAK LEBIH KURANG 4o KE BARAT "GALAKSI GRUS TRIPLET". IA BERADA 37.5 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC7424 BERMAGNITUD +10.20 DENGAN KECERAHAN +14.80.
~ "THE GRUS TRIPLET" MENGANDUNGI NGC7582, NGC7590 DAN NGC7599. NGC7582 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +10.50 DENGAN KECERAHAN +13.00. NGC7590 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +11.30 DENGAN KECERAHAN +12.20. NGC7599 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +13.30. NGC7582 BERADA DI TENGAH BERSENDIRIAN, MANAKALA NGC7590 (KANAN ATAS) DAN NGC7599 (KIRI ATAS) BERADA DI BAHAGIAN ATAS.
~ IC5148 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SPARE TYRE NEBULA". IA BERADA 3,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN IA MENGEMBANG PADA 50 KM SESAAT YANG JUGA KADAR PENGEMBANGAN TERPANTAS DALAM SEMUA NEBULA PLANETARI. IC5148 BERMAGNITUD +11.00.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ GRUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
no comment(tiada komen)
ReplyDelete