CALDWELL 7
C7 (NGC 2403)
BURUJ:
CAMELOPARDALIS
KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)
LOKASI:
07h 36m 51.4s
+65o 36' 09"
JARAK:
8 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
21.9' x 12.3' (arcminute)
MAGNITUD:
+8.9
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C7 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA TAHUN 1788. C7 MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA AHLI DARI 'KUMPULAN M81'. IA KELIHATAN SEPERTI M33 DALAM KESAMAAN DI MANA KEDUA-DUANYA MEMPUNYAI KAWASAN PEMBENTUKAN PELBAGAI BINTANG (STAR-FORMING REGION). TERDAPAT DUA SUPERNOVA DI DALAM C7 IAITU SN1954J DAN JUGA SN2004dj.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment