Friday, March 25, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 121


CALDWELL 11
C11(NGC  7635)


BURUJ:
CASSIOPEIA

KELAS:
NEBULA PANCARAN
(EMISSION NEBULA)

LOKASI:
23h 20m 48.3s
+61o 12' 06"

JARAK:
11,000 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
15.0'  x 8.0' (arcminute) 

MAGNITUD:
+10.0

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'

C11 DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL  PADA TAHUN 1787. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BUBBLE NEBULA"  ATAU "SHARPLESS 162".  IA TERBENTUK DARIPADA ANGIN 'STELLAR' YANG DIHASILKAN OLEH BINTANG 'TERAS' YANG 'MUDA' TETAPI TERAMAT PANAS DENGAN MAGNITUD 8.7. C11 BERADA BERHAMPIRAN DENGAN AWAN MOLEKUL 'GERGASI' (GIANT MOLECULAR CLOUD)  YANG MENGANDUNGI GELEMBUNG YANG MENGEMBANG DAN DIBEBASKAN DARI BINTANG 'TERAS' YANG AMAT PANAS SERTA MENYEBABKAN IANYA BERSINAR. C11 TERLETAK BERDEKATAN DENGAN ARAH HALUAN KE KLUSTER TERBUKA M52.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






No comments:

Post a Comment