CALDWELL 5
C5 (IC 342)
BURUJ:
CAMELOPARDALIS
KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)
LOKASI:
O3h 46m 48.5s
+68o 05' 46"
JARAK:
10 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
21.4' x 20.9' (arcminute)
MAGNITUD:
+9.1
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C5 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM FREDERICK DENNING DALAM TAHUN 1895. C5 TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN GARISAN KATULISTIWA GALAKTIK DI MANA DEBU-DEBU 'INTERSTELLAR' BIMA SAKTI MENJADIKAN C5 AGAK SUKAR UNTUK DICERAP SAMADA OLEH PENCERAP PROFESIONAL ATAU AMATUR. IA MERUPAKAN SALAH SATU DARI DUA GALAKSI YANG PALING CERAH DI DALAM KUMPULAN IC342 ATAU "MAFFEI GROUP OF GALAXIES".
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment