BURUJ TELESCOPIUM
TELESKOP (THE TELESCOPE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
TEL
DESKRIPSI:
BURUJ TELESCOPIUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH TELESKOP.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ TELESCOPIUM TERLETAK DI -45o SELATAN DAN -57o SELATAN SERTA 18h10m DAN 20h30m. BURUJ TELESCOPIUM BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +40o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ TELESCOPIUM MEMPUNYAI KELUASAN 252 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 57 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TELESCOPIUM ADALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ MICROSCOPIUM DAN BURUJ INDUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PAVO
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ARA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS DAN BURUJ CORONA AUSTRALIS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
TIADA BINTANG BINARI (BINARY STAR) DI DALAM BURUJ TELESCOPIUM.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ TELESCOPIUM:
~ BINTANG R TELESCOPII ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.80 HINGGA KE MAGNITUD +14.00 DALAM JANGKA MASA 462 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ TELESCOPIU DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MEI PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ TELESCOPIUM MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK:
~ NGC6584 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +9.2. IA BERADA 45,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. SEKUARANG-KURANGNYA TERDAPAT 69 BINTANG VARIABLE DI DALAM KLUSTER INI.
~ NGC6758 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) DENGAN MAGNITUD +11.6 SERTA KECERAHAN (BRIGHTNESS) +21.9.
~ NGC6851 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) DENGAN MAGNITUD +11.8 SERTA KECERAHAN +21.8. IA BERADA 108.7 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC6861 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI DENGAN MAGNITUD +11.1. IA BERADA 103.7 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC6868 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI DENGAN MAGNITUD +12.0. IA BERADA 103 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC6893 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI DENGAN MAGNITUD +13.0.
~ NGC6909 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI DENGAN MAGNITUD +13.0. IA BERADA 112 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ IC4889 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI DENGAN MAGNITUD +12.0. IA BERADA 90.5 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ IC4797 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI DENGAN MAGNITUD +11.3. IA BERADA 98.9 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ TELESCOPIUM TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment