RIMA SIRSALIS
TERUSAN SIRSALIS
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA SIRSALIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA SIRSALIS ADALAH 61.7o BARAT SERTA 15.7o SELATAN. IA BERADA DI PINGIR BAHAGIAN BARAT PERMUKAAN BULAN.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA SIRSALIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA SIRSALIS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG TERBESAR DAN LUAS DENGAN ARAH ALIRAN BERMULA DARI BARAT-LAUT MENGHALA KE TIMUR-LAUT. IANYA MERENTASI BEBERAPA KAWAH-KAWAH (CRATERS) DAN JUGA BERTINDIHAN DENGAN BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN. RIMA SIRSALIS BERSAMBUNG KE ARAH SELATAN SEHINGGA RIMA BYRGIUS SERTA BERTERUSAN KE SELATAN HINGGA KE RHYMING BYRGIUS.
PEMERHATIAN:
RIMA SIRSALIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA DUA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
RIMA SIRSALIS DINAMAKAN SEMPENA GEROLAMO SIRSALIS IAITU SEORANG BANGSA ITALI PADA KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 1584 DI ITALI DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1654.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment