Tuesday, March 29, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 140


RIMA HERIGONIUS
TERUSAN HERIGONIUS

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA HERIGONIUS TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA HERIGONIUS  ADALAH 37.0o  BARAT SERTA 13.0o  SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGGARA OCEANUS PROCELLARUM.


KELUASAN:
RIMA HERIGONIUS ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 104 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA HERIGONIUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA HERIGONIUS ADALAH SEBUAH TERUSAN  YANG SEMPIT SERTA BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI UTARA MENUJU KE ARAH SELATAN DENGAN RIMA HERIGONIUS BERMULA DARI DORSA EWING.


PEMERHATIAN:
RIMA HERIGONIUS MEMPUNYAI FORMASI YANG TIDAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA  (FIRST QUARTER)  HINGGA DUA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA HERIGONIUS, REFLECTOR  BERKUASA 500 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA HERIGONIUS.


PENGHORMATAN:
RIMA HERIGONIUS DINAMAKAN SEMPENA PIERRE HERIGONE  IAITU SEORANG AHLI MATHEMATIC DAN AHLI ASTRONOMI BANGSA PERANCHIS PADA KURUN KE 17.  BELIAU DILAHIRKAN DI PERANCHIS  DALAM TAHUN 1580 DAN MENINGGAL DUNIA DALAM TAHUN 1643. HERIGONE  MERUPAKAN PENGARANG BUKU BERJUDUL "THE THEORY ON THE MOVEMENT OF PLANETS"  (THEORI MENGENAI PERGERAKAN PLANET-PLANET).



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment