Tuesday, March 22, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 120


CALDWELL 10
C10 (NGC 663)


BURUJ:
CASSIOPEIA

KELAS:
KLUSTER TERBUKA
(OPEN CLUSTER)

LOKASI:
01h 46m 16s
+61o 13' 06"

JARAK:
6,850 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
16.0' (arcminute) 

MAGNITUD:
+7.1

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'

C10 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG MASIH 'MUDA' (YOUNG) DENGAN 400 BIJI BINTANG. KLUSTER INI KELIHATAN BERADA DI HADAPAN 'AWAN MOLEKUL' (MOLECULAR CLOUD), NAMUN KEDUA-DUANYA TIDAK MEMPUNYAI KAITAN SECARA FIZIKAL KERANA 'AWAN MOLEKUL' TERLETAK LEBIH JAUH KEBELAKANG DARIPADA C10. C10 MEMPUNYAI SEBANYAK 24 BIJI BINTANG KELAS "Be"  YANG TELAH DITEMUI. SELAIN ITU, TERDAPAT SEKURANG-KURANGNYA 5 BIJI BINTANG KELAS "BLUE STRAGGLERS"  IAITU BINTANG BERWARNA BIRU YANG TERBENTUK HASIL DARIPADA PENCANTUMAN DENGAN DUA BINTANG LAIN. TERDAPAT JUGA 2 BINTANG KELAS "RED SUPERGIANT"  DI KALANGAN BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER TERBUKA INI. C10 BERADA BERHAMPIRAN DENGAN NGC 659  YANG JUGA SEBUAH KLUSTER TERBUKA.







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


No comments:

Post a Comment